Di laman web Geekerz MY, kami menghormati privasi dan komited dalam melindungi data peribadi anda. Dasar privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat ketika anda melayari laman web kami.
Maklumat Yang Kami Kumpul
Berikut antara maklumat yang mungkin kami akan kumpul ketika anda berinteraksi dengan laman web Geekerz MY:
- Maklumat Peribadi: seperti nama dan alamat e-mel jika anda melanggan surat berita (newsletter), menghantar komen atau menghubungi kami.
- Maklumat Bukan Peribadi: seperti jenis pelayar (browser), sistem operasi, halaman yang dilawati, serta data penggunaan umum (dikumpul secara automatik melalui cookies dan analytics).
Bagaimana Maklumat Digunakan
Maklumat yang dikumpul digunakan untuk tujuan berikut:
- Menyediakan berita, kemaskini dan kandungan berkaitan teknologi, gaya hidup dan hiburan.
- Meningkatkan prestasi dan pengalaman pengguna di laman web.
- Membalas pertanyaan atau maklum balas.
- Menghantar surat berita (newsletter) dan bahan promosi (hanya jika anda memilih untuk melanggan).
Cookies
Geekerz MY menggunakan cookies dan teknologi yang seumpama dengannya untuk meningkatkan pengalaman melayari web. Ini mungkin termasuk alatan pihak ketiga seperti Google Analytics atau rangkaian pengiklanan bagi memahami trafik dan menyampaikan iklan yang relevan. Anda boleh mengawal atau mematikan cookies melalui tetapan pelayar, tetapi beberapa fungsi laman mungkin tidak beroperasi dengan baik tanpa cookies.
Perkongsian Maklumat
Kami tidak akan menjual, menyewa atau memperdagangkan maklumat peribadi anda. Namun, data mungkin dikongsi dengan penyedia perkhidmatan (hosting, analytics dan newsletter) dan pihak berkuasa undang-undang (jika diperlukan).
Pautan Pihak Ketiga
Laman web Geekerz MY berkemungkinan mengandungi pautan ke laman luar. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi di laman tersebut. Sila rujuk dasar privasi mereka secara berasingan.
Keselamatan Data
Kami mengambil langkah yang teliti untuk melindungi data peribadi anda, tetapi tiada kaedah penghantaran melalui internet yang dijamin 100% selamat. Anda disarankan untuk menggunakan laman web Geekerz MY atas risiko sendiri.
Hak Anda
Anda berhak untuk:
- Mengakses, mengemas kini, atau memadam data peribadi anda.
- Berhenti melanggan surat berita pada bila-bila masa.
- Menghubungi kami jika ada kebimbangan mengenai privasi.
Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Dasar Privasi ini, sila hubungi:
- geekerzmedia@gmail.com
- geekerz.com