Rockstar akhirnya mengumumkan permainan Grand Theft Auto VI (GTA VI) bakal dilancarkan pada 19 November 2026 bagi platform PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Pra-tempahan juga telah bermula dari 25 Jun 2026.

Berikut merupakan harga rasmi GTA VI untuk pasaran Malaysia:
| Edisi | Harga |
|---|---|
| Standard | RM339.00 |
| Ultimate | RM419.00 |
Pemain yang berjaya pra-tempah sebelum 19 November akan menerima kandungan bonus Vintage Vice City Pack dan langganan GTA+ percuma selama sebulan. Pemain juga boleh muat turun permainan lebih awal bermula 12 November.
Bagi versi fizikal pula, Rockstar mengesahkan kotak permainan hanya akan mengandungi kod muat turun dan bukannya cakera padat (disc version). Syarikat itu masih belum merancang untuk menawarkan GTA VI dalam disc version dalam masa terdekat.
Buat masa ini, tiada lagi pengumuman GTA VI akan dilancarkan pada platform lain. Rockstar juga menegaskan PlayStation 5 adalah platform terbaik bagi memainkan GTA VI.
Rockstar sebelum ini pernah mengumumkan GTA VI akan dilancarkan pada 26 Mei 2026, namun tarikh tersebut telah ditunda atas sebab proses development masih berjalan.
Sumber: Rockstar


Leave a Reply