
iOS 26 ialah Operating System versi terbaru bagi produk Apple. Pelancaran tersebut akan diumumkan pada World Wide Developers Conference (WWDC) 2025 yang akan berlangsung pada 9 Jun 2025, jam 10 malam waktu Malaysia.
Apple dijangka akan melancarkan iOS 26 versi beta dahulu sebelum dilancarkan secara rasmi, berkemungkinan pada September 2025, sejajar dengan pelancaran iPhone 17 yang akan datang. Public beta juga dijangka akan dilancarkan pada bulan Julai 2025.
Apple mula mengambil langkah untuk mengubah sistem penamaan bagi Operating System mereka bermula tahun ini, di mana nama Operating System mereka akan mengikut nombor turutan tahun. Dengan ini, iOS terbaru akan dinamakan sebagai iOS 26, dan bukannya iOS 19. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelancaran ini akan turut diiringi oleh Operating System yang lain termasuklah iPadOS, watchOS dan macOS.
Kami berpendapat bahawa iOS 26 bakal menjadi kemaskini terbesar sejak iOS 7, terutamanya dengan adanya fungsi integrasi Apple Intelligence, AI Battery Management dan beberapa fungsi terbaru bagi aplikasi Apple sendiri. Antara peranti yang akan menyokong iOS 26 bermula dari iPhone 11 sehingga iPhone model terkini (termasuklah iPhone SE 2nd gen). Kami sarankan pengguna untuk menunggu sehingga pelancaran umum, supaya tiada sebarang isu berlaku pada peranti. Sekiranya pengguna ingin mencuba iOS 26 versi beta, kami nasihatkan supaya install pada peranti kedua atau secondary device. Namun, perlu diingatkan bahawa versi beta biasanya akan terdapat beberapa bugs.
Kami akan bahaskan fungsi dan ciri-ciri terbaru pada iOS 26 sejurus ianya dilancarkan, nantikan perkembangan daripada kami.
Nota: Gambar dalam artikel ini adalah milik MacRumors dan digunakan untuk tujuan editorial sahaja.
Sumber: Forbes


Leave a Reply