Nothing telah mula mengacah peranti baharu mereka, dipercayai Nothing Phone (4a) melalui teaser rasmi yang dimuat naik di laman web rasmi mereka. Nothing juga mengesahkan satu acara pelancaran akan berlangsung pada 5 Mac 2026.
CEO Nothing, Carl Pei telah kongsikan satu poster yang dianggap “kontroversi”, menyatakan mereka hijack undangan acara Apple pada 4 Mac, sehari sebelum acara rasmi Nothing.

Nothing pernah menyatakan mereka tidak akan memperkenalkan model flagship Phone (4), sebaliknya fokus mereka tertumpu kepada siri “a” yang lebih mampu milik. Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai spesifikasi peranti ini, namun ada beberapa khabar angin telah tular di media sosial.
- Phone (4a) akan hadir dalam pilihan warna baharu, kuning dan merah jambu
- Phone (4a) akan menggunakan cip Snapdragon 7s Gen 4, disertakan dengan minimum 12GB RAM
- Kapasiti bateri peranti dilaporkan akan sebesar 5080mAh, dan menyokong pengecasan 50W
Spesifikasi lengkap dan harga jualan akan diumumkan secara rasmi pada 5 Mac 2026. Sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat oleh Nothing.

Leave a Reply