Samsung baru sahaja mengumumkan tarikh rasmi untuk acara tahunan mereka, Galaxy Unpacked. Ia sebuah acara khas di mana Samsung akan melancarkan produk flagship terbaru mereka termasuk Samsung Galaxy S26.
Galaxy Unpacked dijadualkan akan berlangsung pada 25 Februari 2026, di San Francisco, Amerika Syarikat. Acara ini akan disiarkan secara live ke seluruh dunia dan boleh ditonton melalui laman rasmi Samsung dan juga YouTube.

Walaupun Samsung masih belum mendedahkan barisan penuh peranti terbaru yang bakal dilancarkan, mereka telah menunjukkan tanda-tanda bahawa acara tahun ini akan memfokuskan kepada Galaxy AI dan pengalaman peranti yang lebih pintar dan lancar.
Seperti kebiasaanya, Samsung dijangka akan membuka pre-order secara global sejurus selepas acara Galaxy Unpacked berlangsung, diikuti dengan penjualan rasmi di Malaysia beberapa minggu kemudian. Nantikan liputan selanjutnya mengenai acara Galaxy Unpacked 2026 dan pengumuman rasmi daripada Samsung.
Sumber: Samsung Newsroom

Leave a Reply