WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan satu ciri baharu yang membolehkan pengguna customize ikon aplikasi dan tema warna mengikut citarasa sendiri.
Ciri ini telah dikeluarkan dalam versi beta terbaru WhatsApp bagi Android v2.26.6.1. Versi beta tersebut menunjukkan bahawa pengguna boleh memilih 14 ikon baharu seperti Aurora, Fluffy, Galaxy dan Neon. Pengguna juga boleh menukar warna tema aplikasi dengan 19 pilihan warna ditawarkan, seperti warna royal blue, violet, teal, coral dan banyak lagi.
Namun begitu, ciri ini berkemungkinan tidak akan diberikan secara percuma. Ia dilaporkan akan disertakan sebagai sebahagian daripada pelan premium, di mana pengguna perlu melanggan untuk mengubah ikon dan tema aplikasi tersebut. Untuk pengguna lain, fungsi harian dan ciri asas WhatsApp akan kekal percuma seperti biasa. Harga langganan dan tarikh pengumuman pelan premium ini masih lagi belum didedahkan buat masa ini.
Sumber: NewsBytes

Leave a Reply