Sony Interactive Entertainment secara rasmi mengumumkan kenaikan harga untuk produk konsol mereka, PlayStation 5. Kenaikan harga ini akan bermula pada April 2026.
Produk yang Terlibat
- PlayStation 5 Slim (Digital Edition) – $599.99
- PlayStation 5 Slim (Disc Edition) – $649.99
- PlayStation 5 Pro – $899.99
- PlayStation Portal – $249.99
Berikut merupakan harga baharu untuk pasaran global yang dikeluarkan oleh Sony. Setakat ini tiada lagi pengumuman harga baharu untuk pasaran Malaysia.
Antara punca utama kenaikan harga mendadak ini adalah disebabkan tekanan ekonomi global. Kenaikan harga ini bertujuan untuk memastikan proses development, delivery, services bagi hardware dapat dikawal. Buat masa ini, kenaikan harga bagi konsol lain tidak dapat dijangka memandangkan tekanan ekonomi di peringkat global semakin meningkat.

Leave a Reply