PlayStation mengumumkan F1 2025 sebagai permainan percuma untuk bulan ini. Selepas Formula 1 kembali beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi Bahrain Grand Prix baru-baru ini, peminat F1 berpeluang untuk kembali ke litar dengan bermain permainan F1 di PlayStation 5.
F1 25 merupakan salah satu daripada tiga permainan PlayStation Plus Monthly Games bagi Oktober 2026. Permainan ini boleh dituntut oleh pelanggan PlayStation Plus Essential, Extra dan Premium sehingga 2 November 2026.

Walaupun F1 25 kini boleh dimainkan melalui PlayStation Plus, kandungan musim 2026 tidak termasuk dalam versi yang diberikan. Pengguna yang ingin mendapatkan kandungan 2026 Season Pack perlu membuat pembelian tambahan dengan harga RM199.
Selain F1 25, pelanggan PlayStation Plus turut boleh menuntut dua lagi permainan untuk bulan Oktober 2026, iaitu Hunt: Showdown 1896 dan Earth Defense Force: World Brothers 2.




Leave a Reply