OpenAI telah menaik taraf ChatGPT browser extension dengan keupayaan baharu yang membolehkan ChatGPT mengakses tab yang sedang dibuka dan melaksanakan tugasan terus melalui browser.
Sebelum ini, pengguna perlu copy dan paste teks atau berkongsi link untuk mendapatkan bantuan ChatGPT. Dengan keupayaan baharu ini, ChatGPT boleh menggunakan maklumat daripada beberapa tab terbuka untuk membantu pengguna melakukan tugasan seperti membandingkan harga produk, melakukan ringkasan artikel dan menyemak perbezaan antara pelan langganan.
Melalui mod Work, ChatGPT juga boleh melakukan tugasan seperti mengisi borang, menghantar mesej, memuat turun fail dan menyusun tab mengikut kumpulan. Ini membolehkan pengguna menyerahkan sebahagian tugasan kepada ChatGPT tanpa perlu melakukan secara manual.
ChatGPT turut menawarkan fungsi sidebar yang membolehkan pengguna berinteraksi tanpa meninggalkan halaman atau tab yang sedang dibuka. Namun, fungsi ini tidak tersedia pada Opera.
OpenAI menyenaraikan beberapa browser yang disokong, seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Brave dan Opera.
Sumber: ChatGPT


Leave a Reply