Malaysia Rail Link (MRL) mengumumkan struktur tambang penumpang bagi East Coast Rail Link (ECRL), menjelang operasi yang akan dijadualkan bermula pada pertengahan Disember 2026.
Senarai Tambang ECRL
| Laluan Sehala | Perkhidmatan Transit (Ekonomi) | Perkhidmatan Ekspres |
| Gombak – KotaSAS, Kuantan (209 km) | Bermula RM60 | Bermula RM68 |
| Gombak – Kuala Terengganu (378 km) | Bermula RM95 | Bermula RM110 |
| Gombak – Kota Bharu (523 km) | Bermula RM125 | Bermula RM147 |
Perkhidmatan Transit akan berhenti di setiap stesen yang dijadualkan, manakala perkhidmatan Ekspres hanya tertumpu kepada empat stesen utama, iaitu Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
Namun begitu, orang ramai perlu ambil maklum bahawa tambang ECRL menggunakan sistem dynamic pricing. Ini bermakna harga tiket boleh berubah berdasarkan beberapa faktor seperti waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk. Semua harga yang diumumkan merupakan tambang permulaan.

ECRL dijangka menawarkan alternatif perjalanan antara Lembah Klang dengan Pantai Timur, dengan perjalanan Ekspres Gombak–Kota Bharu yang mengambil masa sekitar empat jam. ECRL bakal menjadi satu lagi pilihan pengangkutan darat bagi mereka yang ingin ke Pahang, Terengganu dan Kelantan.


Leave a Reply