, , ,

Harga Terbaru PlayStation 5 di Malaysia – Bermula dari RM2499

Harga Terbaru PlayStation 5 di Malaysia - Bermula dari RM2499

Sony baru sahaja mengumumkan harga rasmi terbaru bagi produk PlayStation 5 di Malaysia bermula 1 Mei 2026.

Berikut adalah senarai harga terkini bagi barisan konsol PlaysStation 5:

ProdukHarga Terkini (bermula dari 1 Mei 2026)Harga Terdahulu
PlayStation 5 Slim Digital EditionRM2,499RM2,069
PlayStation 5 Disc EditionRM2,799RM2,499
PlayStation 5 ProRM3,999RM3,849
PlayStation PortalRM1,099RM999

Ini merupakan kenaikan harga yang mendadak semenjak konsol PlayStation 5 dilancarkan. Menurut Sony, kenaikan harga ini disebabkan tekanan ekonomi yang dihadapi pada peringkat global dan kos komponen yang semakin meningkat. Sebelum ini, Sony telah mengumumkan kenaikan harga juga pada pasaran global, dan kini pasaran Malaysia mengambil langkah yang sama.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *