,

DJI Mic Mini 2 Dilancarkan – Mikrofon Kompak untuk Content Creator

DJI Mic Mini 2 Dilancarkan - Mikrofon Kompak untuk Content Creator

DJI telah melancarkan mikrofon terbaru, DJI Mic Mini 2. Ini merupakan versi baharu kepada model popular sebelumnya, DJI Mic Mini. Mic Mini 2 hadir dengan beberapa penambahbaikan dari segi design dan prestasi audio.

IMG
IMG

Antara kemaskini menarik yang ditawarkan bagi Mic Mini 2 adalah:

  • Transmitter yang kompak dan ringan (~11 gram, tidak termasuk magnet dan klip)
  • Hadir dengan cover magnetik dan windscreen dengan pelbagai warna
  • Tiga preset audio baharu (Regular, Rich, Bright) beserta dua tahap Noise Cancelling
  • Kawalan audio clipping yang lebih baik secara automatik
  • Bateri bertahan sehingga 48 jam dengan charging case
  • Sokongan sambungan terus bagi peranti DJI Osmo melalui OsmoAudio
  • Sokongan sejauh sehingga 400 meter sekiranya menggunakan Mic Mini Series Receiver, manakala 300 meter sekiranya menggunakan Mic Mini Series Mobile Receiver

Mic Mini 2 menawarkan dengan fungsi yang lebih baik dan perkakasan yang lebih menarik, sesuai bagi vlogger, content creator dan pempengaruh. Mic Mini 2 boleh disambungkan bersama peranti kamera, telefon dan komputer. Untuk makluman, Mic Mini 2 masih menggunakan receiver yang sama seperti Mic Mini. Ini bermaksud, pengguna yang sudah mempunyai Mic Mini tidak semestinya perlu upgrade semua perkakasan dan boleh sahaja sambung dengan receiver sedia ada.

DJI Mic Mini 2 Dilancarkan - Mikrofon Kompak untuk Content Creator

Berikut adalah harga Mic Mini 2 bagi pasaran Malaysia:

  • Mic Mini 2 Transmitter – RM139
  • 1x Mic Mini 2 Transmitter + 1x Mic Mini Series Receiver – RM239
  • 1x Mic Mini 2 Transmitter + 1x Mic Mini Series Mobile Receiver + Charging Case – RM239
  • 2x Mic Mini 2 Transmitter + 1x Mic Mini Series Mobile Receiver + Charging Case – RM319
  • 2x Mic Mini 2 Transmitter + 1x Mic Mini Series Receiver + Charging Case – RM399

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *