DJI Malaysia baru sahaja mengumumkan harga rasmi bagi gimbal terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, DJI RS5 melalui laman Facebook rasmi mereka. Gimbal ini adalah sambungan kepada DJI RS series mereka, dan kali ini hadir dengan beberapa fungsi baharu yang memfokuskan kepada kawalan, kestabilan dan kemudahan penggunaan.
Fungsi Menarik DJI RS5
- Enhanced Intelligent Tracking and Composition – fungsi penjejakan kini lebih pintar, mampu menjejak subjek sehingga 10 meter dan boleh kembali menjejak semula subjek sekiranya subjek keluar daripada frame buat sementara waktu
- Briefcase Handle with Gimbal & Camera Control – gimbal kini boleh dikawal terus menggunakan joystick dan butang kawalan yang terdapat pada Electronic Briefcase Handle, dan memudahkan kawalan gimbal dalam posisi low-angle atau pergerakan yang dinamik
- Fine-Tuning Knobs and Teflon Enhanced Balancing – gimbal ini dilengkapi dengan motor baharu, menawarkan kawalan dan pengstabilan yang lebih lancar walaupun pada pergerakan yang laju
- 1-Hour Full Charge – DJI RS5 kini hanya memerlukan masa sehingga 1 jam untuk pengecasan penuh, dan ketahanan bateri sehingga 14 jam pada mod standby
- 2nd-Gen Automated Axis Locks – sistem penguncian paksi membenarkan gimbal untuk dikunci secara automatik dengan lebih lancar ketika dalam mod power-off atau sleep
- New Z-Axis Indicator – membenarkan pengguna untuk mengawal gimbal dengan lebih lancar dan tepat, menjadikan kawalan kamera lebih stabil dan konsisten ketika proses rakaman
Harga Jualan Rasmi
DJI RS5 hadir dengan dua pilihan set, iaitu Standard Set dan Combo Set.


- Standard Set – RM2,109
- Combo Set – RM2,639
DJI RS5 boleh dibeli di pasaran Malaysia melalui online store atau kedai fizikal yang menjual produk DJI.
Sumber: Facebook, DJI Global Official

Leave a Reply