Baru-baru ini, OpenAI telah menawarkan pelan langganan terbaru untuk pengguna di Malaysia, iaitu ChatGPT Go. Sebelum ini, pelan ChatGPT Go telah pun ditawarkan untuk beberapa buah negara seperti India. Pelan langganan terbaru ini ditawarkan dengan harga yang lebih berpatutan. Di Malaysia, pengguna boleh melanggan pelan ini dengan harga serendah RM38.99 (termasuk caj SST).
Pelan ChatGPT Go ini sesuai untuk pengguna yang mahukan fungsi-fungsi AI yang popular tanpa perlu melanggan harga yang mahal. Berikut merupakan fungsi-fungsi yang pengguna dapat sekiranya melanggan ChatGPT Go:
- Akses kepada model terbaru GPT-5 (lebih meluas berbanding pelan percuma)
- Had mesej dan interaksi lebih banyak
- Penjanaan imej lebih banyak dan pantas
- Muat naik fail dan gambar boleh dimuat naik dengan lebih banyak
- Memori atau sejarah perbualan lebih lama dan panjang
- Sokongan khas GPT Projects dan tugasan

Ada beberapa fungsi premium tidak ditawarkan pada pelan ChatGPT Go, seperti penjanaan video Sora dan Codex Agent. Walaupun pelan termurah ini menawarkan fungsi-fungsi yang lebih bagus daripada pelan percuma, masih ada beberapa batasan penggunaan jika dibandingkan dengan pelan ChatGPT Plus atau ChatGPT Pro.
Pelan ini mungkin sesuai untuk pengguna yang ingin menggunakan fungsi AI yang lebih mendalam dan melakukan tugasan yang lebih berat dan lama tanpa melibatkan penggunaan fungsi penjanaan video atau imej yang banyak.


Leave a Reply