Industri AI (Artificial Intelligence) sedang mengalami peningkatan yang pesat, dengan pelbagai syarikat berlumba untuk membangunkan platform chatbot AI mereka. Menurut laporan ZDNet, Gemini dari Google dan Grok dari xAI telah muncul sebagai chatbot yang paling pantas berkembang menuju hujung tahun 2025, akan tetapi ChatGPT masih lagi kekal selaku chatbot paling dominan bagi pengguna.
Perkembangan pesat daripada Gemini dan Grok ini mungkin disebabkan oleh permintaan pengguna dan kebergantungan mereka terhadap AI, sekaligus mendorong Google dan xAI masing-masing giat menambah baik model chatbot AI mereka. Sebagai contoh, Gemini kini menjadi kegemaran ramai dalam menghasilkan gambar dan video, setelah Google melancarkan fungsi-fungsi AI Image Generators mereka. Google juga telah melancarkan beberapa model dalam keluarga Gemini 3, dan telah menjadi model paling ‘bijak’ dalam carta LMArena. Manakala bagi Grok pula, xAI telah menambah beberapa fungsi baharu, seperti Think Mode yang membenarkan model mereka untuk berfikir dengan lebih matang.
ZDNet juga melaporkan bahawa Copilot masih kekal sebagai chatbot yang paling kerap digunakan oleh 30 juta pengguna, mungkin disebabkan ianya didatangkan sekali dengan produk Microsoft dan Windows. Walaubagaimanapun, Copilot telah mencatatkan penurunan sebanyak 15% pengguna, meunjukkan bahawa model ini gagal menarik minat pengguna.
Selain daripada peningkatan chatbot AI yang pesat, platform audio AI juga mengalami perkembangan yang mengagumkan. Kemudahan audio AI juga mampu beri manfaat dalam menghasilkan buku audio, fungsi text-to-speech, voiceover, social media content dan lain-lain. Kebanyakan platform ini juga telah mampu menghasilkan audio yang lebih realistik.
Sumber: ZDNet


Leave a Reply