Apple Intelligence mungkin sedikit ketinggalan dalam trend Artificial Intelligence sekarang. Sekiranya anda pengguna iPhone atau Mac yang tidak berminat atau tidak menggunakan langsung fungsi AI yang ditawarkan oleh Apple sekarang, menutup fungsi ini mungkin satu pilihan yang tepat. Tapi, kenapa?
Kenapa Tutup?
Apple Intelligence diaktifkan secara automatik pada sesetengah peranti terpilih. Dengan menutup fungsi ini, ia akan mengubah pengalaman penggunaan peranti ke arah yang lebih baik…atau mungkin tidak baik. Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu tutup fungsi ini, sekiranya anda bukan pengguna tegar fungsi Apple Intelligence:
- Privacy akan lebih terjaga – Pengguna tidak perlu menyebarkan data peribadi mereka secara “sengaja” kepada Apple.
- Elak salah faham terhadap maklum balas AI – Ciri Auto Summarize dari Apple untuk aplikasi permesejan mungkin belum lagi berada pada tahap terbaik berbanding model AI pada peranti lain.
- Jimat storage – Apple Intelligence memerlukan pengguna untuk download model dengan saiz yang amat besar.
- Jimat penggunaan bateri – Penggunaan Apple Intelligence menyebabkan penurunan bateri secara mendadak kerana pemprosesan data yang beterusan di background.
- Masih dalam beta – Setakat April 2026, Apple Intelligence masih lagi dalam beta walaupun sudah lebih dari setahun dilancarkan dan ia masih belum capai konsistensi.
Berikut pula kenapa anda mungkin tidak perlu tutup fungsi Apple Intelligence:
- Fungsi asas AI masih berguna – Fungsi asas Apple Intelligence seperti Auto Summarize, Reply Suggestion, Image Eraser tidak teruk seperti yang diperkatakan, fungsi ini masih boleh diguna pakai walaupun bukan untuk semua situasi.
- Masa depan lebih baik dengan Google Gemini – Google Gemini akan bekerjasama dengan Apple dalam membantu Siri untuk menjadi lebih baik dari segi maklum balas dan pemahaman antara AI dan pengguna.
Namun begitu, pengguna tidak semestinya harus menutup fungsi Apple Intelligence secara keseluruhan. Pengguna masih ada pilihan untuk aktifkan pada aplikasi tertentu sahaja, atau boleh disable fungsi Notification Summary pada aplikasi tertentu. Pengguna juga ada pilihan untuk tutup integrasi seperti ChatGPT. Ini adalah pilihan yang lebih fleksibel bagi pengguna yang tidak menggunakan Apple Intelligence untuk kegunaan harian (walaupun cara ini agak renyah).
Cara Tutup Apple Intelligence
Bagi pengguna iPhone/iPad:
- Buka Settings
- Pilih menu Apple Intelligence & Siri
- Toggle off pada pilihan Apple Intelligence

Bagi pengguna Mac/MacBook:
- Buka System Settings
- Pilih menu Apple Intelligence & Siri
- Toggle off pada pilihan Apple Intelligence

Pengguna juga ada pilihan untuk mengubah beberapa tetapan lain pada menu Apple Intelligence & Siri ini.
Kesimpulan
Apple Intelligence mungkin masih belum menjadi pilihan sekiranya anda bergantung kepada AI dalam kehidupan harian. Apple kini sedang giat meningkatkan keupayaan AI mereka melalui kerjasama dengan model Google Gemini. Dengan kerjasama ini, pengguna peranti Apple berkemungkinan akan mendapat yang fungsi AI yang jauh lebih baik. Buat masa ini, menutup beberapa tetapan Apple Intelligence mungkin boleh menyelamatkan anda dari beberapa perkara.

Leave a Reply