Konami baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan Malaysian Football League (MFL) untuk menawarkan Liga Super Malaysia ke dalam permainan video eFootball.

Melalui kemaskini terbaru, pemain berpeluang untuk merasai pengalaman bermain semua pasukan yang terlibat dalam Liga Super Malaysia musim ini dalam permainan eFootball. Antara pasukan yang terlibat adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan Terengganu FC. Setiap nama pemain dan pasukan serta jersi adalah mengikut nama sebenar. Jadi, pemain kini tidak memerlukan sebarang mod tambahan untuk menikmati identiti Liga Super Malaysia.

Lebih menarik lagi, beberapa pemain pasukan tempatan juga menerima face scan daripada Konami. Selain itu, server khas Malaysia juga diperkenalkan bagi memastikan kualiti online berjalan lancar.
Sebelum ini, pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan JDT telah pun disertakan dalam eFootball. Melalui kerjasama ini, ia akan menguatkan lagi branding Liga Super Malaysia di peringkat global. Penambahan ini telah pun disertakan dalam kemaskini terbaru (v5.4.0) dan boleh dimuat turun pada platform PC, mobile dan console.
Sumber: eFootball

Leave a Reply