Golden Screen Cinemas (GSC) baru sahaja memperkenalkan sistem member tier untuk pengguna GSC Rewards. Sistem ini merupakan program loyalti yang memberi ganjaran berdasarkan jumlah perbelanjaan tahunan mereka.

Bagaimana Sistem Ini Berfungsi?
Setiap pengguna GSC Rewards akan bermula pada Silver tier, dan berpeluang untuk lanjut ke Gold dan Platinum tier. Pengguna akan lanjut ke tier seterusnya jika berjaya mencapai jumlah perbelanjaan tertentu dalam setahun. Jumlah perbelanjaan ini termasuk pembelian tiket, makanan dan minuman, dan merchandise. Namun, sebarang pembelian booking tidak akan disertakan dalam jumlah perbelanjaan tahunan.
- Silver tier – default tier untuk setiap pengguna
- Gold tier – jumlah perbelanjaan tahunan mencapai RM250
- Platinum tier – jumlah perbelanjaan tahunan mencapai RM1,000

Setelah tier tertentu tercapai, pengguna boleh menikmati pelbagai ganjaran dan keistimewaan, seperti diskaun dan promosi, mata bonus dan special event invitations.
Setiap jumlah perbelanjaan akan reset pada setiap 31 Disember, namun tier akan kekal sehingga hujung tahun berikutnya. Sebagai contoh, sekiranya pengguna capai Gold tier pada bulan Jun 2026, mereka akan kekal di tier (atau lanjut ke tier seterusnya jika mencapai jumlah perbelanjaan seterusnya) sehingga 31 Disember 2027.
Untuk semak tier, pengguna boleh buka aplikasi GSC dan pergi ke halaman ‘Me’.
Sumber: GSC

Leave a Reply