,

Pengeluaran Permainan PlayStation Edisi Cakera Fizikal Akan Ditamatkan

1 Min Bacaan
Pengeluaran PlayStation 5 Edisi Cakera Fizikal Akan Ditamatkan

Sony Interactive Entertainment baru sahaja mengumumkan satu perubahan besar pada produk tersohor mereka, PlayStation. Permainan PlayStation tidak lagi akan hadir dalam edisi cakera fizikal (physical disc) bermula Januari 2028.

Dengan perubahan ini, semua game baharu hanya akan dijual secara digital. Pemain boleh membelinya terus melalui PlayStation Store atau kedai-kedai yang menawarkan kod digital, sebelum menebusnya pada akaun PlayStation masing-masing.

Keputusan ini dibuat susulan peningkatan ketara dalam trend pembelian game secara digital. Menurut Sony, hampir 80% jualan game PlayStation pada tahun 2025 adalah dalam bentuk digital, menunjukkan semakin ramai pemain memilih untuk memuat turun game berbanding membeli game secara fizikal.

Namun, berita ini mungkin menimbulkan satu kebimbangan sebahagian pemain yang lebih memilih untuk membeli game secara fizikal sama ada sebagai koleksi mahupun untuk dijual semula pada masa akan datang.

Sumber: PlayStation Blog

Ruangan Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *