Meta telah memperkenalkan model AI baharu yang dikenali sebagai Muse Image dan Muse Video. Model ini membolehkan pengguna menjana imej Artificial Intelligence (AI) menggunakan kandungan daripada akaun Instagram awam. Ciri ini telah mula diperkenalkan kepada pengguna dan mencetuskan beberapa reaksi berkaitan privasi. Lebih membimbangkan lagi, ciri ini diaktifkan secara default.
Melalui Muse Image dan Muse Video, pengguna hanya perlu tag nama akaun Instagram awam dalam prompt untuk menghasilkan imej AI yang diinspirasikan sama ada daripada profile picture, gambar dan Reels yang dikongsikan secara umum.
Ubah Tetapan Ini Sekarang!
Sekiranya akaun Instagram pengguna ditetapkan secara Public, kandungan yang terdapat pada akaun mereka boleh digunakan sebagai rujukan untuk penjanaan imej AI secara automatik.
Namun begitu, Meta ada menyediakan pilihan untuk pengguna opt out jika tidak mahu kandungan mereka digunakan bagi tujuan ini.



- Pergi ke halaman Settings pada profile Instagram,
- Pilih atau buat carian Sharing and reuse,
- Disable pilihan yang membenarkan kandungan anda digunakan untuk penjanaan imej AI.
Sebagai alternatif, pengguna juga boleh menukar akaun kepada Private bagi memastikan kandungan tidak dijadikan rujukan oleh pengguna lain.
Meta menyatakan ciri ini bertujuan untuk memperluaskan kreativiti pengguna namun telah menjadi salah satu perkara yang meragukan bagi pengguna kerana tidak akan menerima sebarang notification sekiranya kandungan mereka telah digunakan untuk rujukan ketika menjana imej AI.


Leave a Reply