,

WhatsApp Perkenalkan Ciri Baharu, Kini Lebih Mudah Digunakan pada iPad dan CarPlay

1 Min Bacaan
WhatsApp Perkenalkan Ciri Baharu, Kini Lebih Mudah Digunakan pada iPad dan CarPlay

WhatsApp baru sahaja mengumumkan beberapa ciri baharu menjadikan aplikasi permesejan ini lebih mudah digunakan pada pelbagai peranti dan situasi harian. Kemaskini ini lebih memfokuskan kepada pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Akaun WhatsApp Boleh Terus Dicipta dari iPad

WhatsApp Perkenalkan Ciri Baharu, Kini Lebih Mudah Digunakan pada iPad dan CarPlay (1)

Pengguna kini boleh terus mencipta akaun WhatsApp secara terus menggunakan iPad tanpa perlu memulakannya melalui telefon pintar terlebih dahulu. Ini menjadikan pengalaman menggunakan WhatsApp pada iPad lebih lengkap terutamanya bagi mereka yang menggunakan peranti ini sebagai peranti utama untuk bekerja atau belajar.

Banyak Fungsi Baru pada CarPlay dan Android Auto

WhatsApp Perkenalkan Ciri Baharu, Kini Lebih Mudah Digunakan pada iPad dan CarPlay (2)

Melalui kemaskini ini, pengguna boleh membalas mesej, melihat senarai call log dan membuat panggilan dengan lebih pantas. WhatsApp membenarkan pengguna untuk mengakses lebih banyak fungsi WhatsApp terus melalui CarPlay dan Android Auto tanpa perlu membuka telefon.

Buka Fail PDF Tanpa Muat Turun

WhatsApp Perkenalkan Ciri Baharu, Kini Lebih Mudah Digunakan pada iPad dan CarPlay (3)

Pengguna sudah boleh membuka fail PDF pada aplikasi WhatsApp tanpa perlu memuat turun terlebih dahulu. WhatsApp juga membenarkan pengguna untuk membuat suntingan kecil seperti highlighting dan annotating. Fungsi ini dikuasakan oleh Adobe Acrobat dan hanya hadir pada WhatsApp Web dan Desktop.

Kongsi Lagu Bersama Pengguna Lain

WhatsApp memudahkan pengguna untuk berkongsi lagu secara terus ke WhatsApp Status dari Apple Music dan Spotify. Rakan yang berada dalam senarai tontonan WhatsApp Status boleh tahu lagu apa yang pengguna sedang dengar.

Dengan sokongan yang lebih baik untuk iPad, Apple CarPlay, Android Auto, WhatsApp Web dan Desktop, WhatsApp bukan sahaja berfungsi sebagai aplikasi permesejan, malah menjadikan platform komunikasi ini lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Sumber: Meta

Ruangan Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *