Apple sudah mula melepaskan kemaskini terbaru iOS 26.4 kepada semua pengguna. Kemaskini ini turut hadir bersama watchOS 26.4, iPadOS 26.4 dan macOS 26.4. Berikut beberapa perubahan yang ditawarkan kepada pengguna pada iOS 26.4.
Apple Music Kini Lebih “Smart”
Apple Intelligence kini mula membawakan kemaskini yang menarik pada Apple Music. Pengguna boleh create playlist berdasarkan prompt yang mereka masukkan. Jadi, pengguna tidak perlu mengambil masa untuk fikir lagu yang ingin dimasukkan dalam playlist. Selain itu, interface Apple Music juga mempunyai beberapa perubahan yang lebih kemas. Pengguna juga boleh melihat konsert artis yang akan diadakan dan melihat senarai konsert yang berdekatan dengan lokasi mereka.
Apple Podcast Kini Sokong Video

Apple Podcast kini sudah mula menyokong kandungan video, fungsi yang lebih kurang sama seperti YouTube dan Spotify. Ini sangat sesuai bagi pengguna yang suka menonton kandungan video podcast. Sekiranya, pengguna ingin mendengar audio sahaja, mereka ada pilihan untuk tutup video dan beralih ke mod audio.
Isu Keyboard Sudah Dibaiki
Terdapat beberapa bugs pada keyboard pada kemaskini terdahulu, seperti pengguna tidak dapat menaip dengan accurate, huruf lambat keluar setelah ditaip, dan keyboard kurang responsive. Namun, Apple telah membaiki isu tersebut dan pengalaman menaip pada keyboard kini lebih lancar.
Emoji Baru

Apple menambah 8 jenis emoji baharu seperti orca, trombone, sasquatch, landslide, ballet dancer, distorted face, fight cloud dan treasure chest. Emoji ini hanya boleh dilihat dan digunakan sekiranya pengguna kemaskini kepada iOS 26.4.
Reminders Kini Lebih Berguna

Aplikasi Reminders mula menerima fungsi Apple Intelligence. Pengguna boleh menggunakan AI untuk kumpul dan senaraikan task atau reminders mengikut keutamaan. Jadi, pengguna lebih senang untuk track benda penting tanpa perlu scroll panjang.
Audio Zoom untuk Kamera

Apple menawarkan satu fungsi menarik pada kamera iaitu Audio Zoom. Fungsi ini membolehkan kamera fokus merekod audio pada sekiranya pengguna zoom pada jarak jauh. Pengguna mempunyai pilihan untuk tutup fungsi ini pada tetapan Settings > Camera > Record Sound.
Kemaskini Kecil pada Interface
iOS 26.4 ada menawarkan beberapa perubahan yang mungkin tidak ketara pada interface seperti:
- Animation baru pada aplikasi Messages
- Beberapa wallpaper tidak lagi pre-install
- Navigation App Store berubah
- Contacts tampil dengan design Liquid Glass
Security Lebih Ketat
Seperti kebiasaan, Apple akan menawarkan kemaskini sekuriti pada setiap major update. Kali ini, Apple mengaktifkan mod Stolen Device Protection secara default pada peranti pengguna. Mod ini akan menyukarkan orang untuk access dan menjadikan peranti pengguna lebih selamat.
Wajib Update atau Tidak?
iOS 26.4 tidak menawarkan perubahan yang besar tetapi lebih kepada kemaskini kecil yang mungkin berguna untuk kegunaan harian. Kemaskini ini sangat disarankan untuk pengguna yang selalu menggunakan aplikasi Apple Music, Podcast atau Reminders. Sekiranya pengguna mengalami isu pada keyboard, mereka digalakkan untuk terus update kepada iOS 26.4. Pengguna juga disarankan untuk update secepat mungkin untuk menerima kemaskini sekuriti terbaru daripada Apple.

Leave a Reply