, ,

Gemini Boleh Transfer Chat dari AI Lain – Tak Perlu Nak Taip Semula

Unnamed

Google Gemini hadir dengan fungsi baru yang membenarkan pengguna untuk import chat history dan memories dari platform AI chatbot lain. Fungsi ini memang sesuai untuk mereka yang menggunakan banyak platform AI atau yang baru berpindah ke Gemini.

Apa yang Anda Perlu Tahu?

  • Pengguna boleh pilih sama ada mahu import chat history atau memories
  • File seperti gambar, video atau dokumen dari AI lain tidak akan disertakan sekali semasa import
  • Pengguna boleh teruskan conversation lama setelah proses import selesai
  • Fungsi ini percuma dan tidak memerlukan langganan

Cara untuk Transfer

Import memories:

  1. Pergi ke Gemini Import Settings dan copy prompt yang disediakan oleh Gemini.
  2. Paste ke platform AI chatbot yang ingin diimport.
  3. Copy response yang dihasilkan oleh AI tersebut.
  4. Paste response tersebut pada ruangan disediakan.

Import chat history:

  1. Export chat dari AI lain dalam format .zip.
  2. Tekan butang Add pada ruangan Import chats.
  3. Upload ke Gemini (maksimum saiz file: 5GB).

Fungsi baru ini membenarkan pengguna untuk beralih kepada Gemini tanpa perlu mula dari kosong. Walaupun fungsi ini nampak penting dan menarik, pengguna perlu memastikan data yang mereka transfer itu tidak berisiko atau sensitif. Fungsi ini merupakan penambahan yang penting bagi Gemini dan mungkin perlu dilakukan oleh platform AI chatbot yang lain.

Nota: Cara dan jenis export mungkin berbeza bergantung kepada platform AI yang digunakan.

Sumber: Google Gemini

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *