,

iOS 26.3 – Apa yang Baru?

IOS 26.3 Feature

Apple telah mula melepaskan kemaskini baharu, iOS 26.3, secara rasmi kepada pengguna iPhone yang menyokong versi iOS 26 (iPhone 11 dan ke atas). Kemaskini ini memberi fokus kepada penambahbaikan kecil, ciri baharu serta patch keselamatan. Berikut adalah perubahan utama yang hadir dalam iOS 26.3.

Transfer to Android

iOS 26.3 memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna iPhone memindahkan data ke peranti Android. Pengguna hanya perlu meletakkan kedua-dua peranti bersebelahan sahaja, tanpa perlu bantuan aplikasi tambahan atau pihak ketiga. Ciri ini menyokong perpindahan gambar, mesej, nota, aplikasi, nombor telefon, kata laluan dan lain-lain.

Wallpaper Cuaca Baharu

Wallpaper Weather & Astronomy kini dipisahkan dan mempunyai bahagian khusus dalam menu customize wallpaper. Selain itu, terdapat juga beberapa pilihan gaya baharu untuk widget cuaca, menjadikan paparan menarik.

Kawalan Privasi Lokasi

Apple menambah tetapan baharu untuk mengehadkan ketepatan lokasi (Precise Location) yang dihantar kepada rangkaian mudah alih. Namun begitu, ciri ini hanya tersedia pada model iPhone yang menggunakan modem Apple C1/C1X sahaja, dan hanya disokong oleh beberapa syarikat telco terpilih, dan pastinya ciri ini masih belum tersedia untuk pengguna di Malaysia.

Kemaskini UI

Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi oleh Apple, terdapat beberapa perubahan kecil pada UI, termasuk dalam aplikasi seperti Apple Music. Perubahan ini tidak begitu ketara dan tidak menjejaskan pengalaman penggunaan secara keseluruhan.

Patch Keselamatan Kritikal

Seperti biasa, setiap kemaskini iOS akan menyertakan patch keselamatan penting bagi menutup kelemahan sistem. Apple menyarankan semua pengguna untuk mengemaskini peranti secepat mungkin bagi memastikan keselamatan data kekal terjamin.

iOS 26.3 kini boleh dimuat turun oleh pengguna iPhone yang menyokong iOS 26, iaitu dari iPhone 11 hingga model terkini. Untuk kemaskini, pergi ke Settings > General > Software Update. Pengguna disarankan untuk membuat backup terlebih dahulu sebelum mengemaskini. Seperti kebiasaan, sesetengah pengguna mungkin mengalami isu kecil seperti penurunan battery health yang drastik, namun perkara ini biasanya akan stabil selepas beberapa hari penggunaan.

Sumber: MacRumors

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *