, ,

YouTube Music Mula Hadkan Akses Lirik untuk Pengguna Percuma

Youtube music logo

YouTube Music dilaporkan telah mula menyertakan lirik lagu hanya untuk pengguna yang berbayar. Sebelum ini, semua pengguna boleh melihat lirik lagu secara percuma tanpa perlu melanggan pelan premium.

Berdasarkan khabar angin yang diterima, pengguna percuma hanya boleh buka lirik penuh sebanyak 5 lagu sahaja untuk setiap bulan. Sekiranya pengguna telah melebihi had yang diberikan, hanya baris awal lirik sahaja yang akan ditunjukkan dan selebihnya akan blur. Mesej seperti “You have x views remaining” akan muncul dalam tab lirik, serta YouTube akan meminta pengguna untuk menaik taraf pelan ke YouTube Music Premium.

Namun begitu, Google hanya menguji ciri ini untuk sebahagian kecil pengguna sahaja untuk beberapa bulan, dan Google juga belum mengumumkan secara rasmi mengenai perubahan ini.

Sumber: MacRumors

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *