,

MacBook Neo – Apple Lancar MacBook Paling Mampu Milik

Apple MacBook Neo hero 260304 big.jpg.large

Apple rasmi melancarkan MacBook Neo, sebuah MacBook baharu yang ditawarkan pada harga lebih mampu milik. MacBook Neo direka untuk memberikan pengalaman Mac yang mencukupi bagi tugasan harian seperti pembelajaran, kerja pejabat dan hiburan.

Cip A18 Pro

MacBook Neo menggunakan cip A18 Pro yang memberikan prestasi pantas dan penggunaan tenaga yang efisien. Melalui cip ini, pengguna boleh melakukan pelbagai tugasan seperti melayari internet, menggunakan aplikasi produktiviti, suntingan gambar ringan serta menonton kandungan penstriman. Lebih menarik lagi, MacBook ini turut menyokong Apple Intelligence yang membolehkan pengguna menikmati fungsi Artificial Intelligence (AI) yang dibangunkan oleh Apple.

Paparan Liquid Retina

MacBook Neo dilengkapi dengan paparan Liquid Retina 13-inci, memberikan paparan dengan warna yang lebih terang dan jelas. Ia juga turut hadir dengan sokongan kamera web 1080p FaceTime HD untuk panggilan video. Selain itu, MacBook Neo juga didatangkan dengan dua port USB-C dan satu 3.5mm headphone jack, serta dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 16 jam penggunaan.

Rekaan Berwarna

Pilihan warna yang ditawarkan pada MacBook Neo menjadi satu tarikan yang menarik. MacBook Neo boleh didapati dengan pilihan warna Silver, Indigo, Blush dan Citrus, memberikan gaya yang lebih segar berbanding siri MacBook yang lain.

Harga dan Jualan

MacBook Neo dijual pada harga RM2,499 bagi model 8GB/256GB dan RM2,899 bagi model 8GB/512GB, dan pra-tempahan telah dibuka bermula 4 Mac 2026. Ia akan dijual secara rasmi pada pasaran global pada 11 Mac 2026. Bagi pelajar, Apple turut menawarkan harga pendidikan bermula dari RM2,099.

Sumber: Apple Newsroom

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *