,

Apple Memperkenalkan iPhone 17e

Apple iPhone 17e family lineup 260302 big.jpg.medium 2x

Apple akhirnya telah memperkenalkan iPhone 17e secara rasmi. Peranti ini merupakan model iPhone 17 yang lebih mampu milik, namun masih menawarkan prestasi yang masih berkuasa. Model ini hadir dengan beberapa kemaskini berbanding model sebelumnya, iPhone 16e.

Apa yang Baru?

iPhone 17e dikuasakan dengan cip Apple A19 yang lebih pantas, kamera belakang 48MP Fusion yang menghasilkan gambar yang lebih jelas, skrin OLED 6.1 inci yang menawarkan paparan yang lebih cantik, dan permulaan storan dalaman yang besar bermula dari 256GB. Lebih menarik, iPhone 17e sudah mula menyokong cip modem terbaru, Apple CX1 sama seperti yang telah ditawarkan pada barisan siri iPhone 17 yang lain. Buat pertama kalinya, peranti dari kelas ‘e‘ ini juga sudah menyokong MagSafe, yang membenarkan pengguna untuk mengecas peranti secara magnetik.

Harga Jualan

Orang ramai sudah boleh mula pra-tempah iPhone 17e bermula 4 Mac 2026, sebelum dijual secara rasmi pada 11 Mac 2026. Harga iPhone 17e bermula dari RM2,999 untuk storan permulaan, 256GB.

Sumber: Apple Newsroom

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *