Meta dilaporkan akan menutup laman web standalone bagi Facebook Messenger bermula April 2026. Ini bermakna pengguna tidak lagi boleh mengakses Messenger melalui laman web berasingan. Namun begitu, pengguna masih boleh mengakses Messenger melalui aplikasi mudah alih atau terus melalui laman web Facebook.
Selepas daripada April 2026, pengguna yang melayari laman web Messenger akan terus dialihkan ke halaman facebook.com/messages untuk menggunakan fungsi Messenger. Bagi pengguna yang sebelum ini membuat chat backup menggunakan PIN keselamatan Messenger, sejarah chat masih boleh dipulihkan (restore) selepas log masuk semula menggunakan nombor PIN yang sama.
Langkah ini mungkin memberi kesan kepada pengguna yang menggunakan Messenger tanpa akaun Facebook aktif atau yang telah dinyahaktifkan. Beberapa bulan lalu, Meta juga telah menamatkan aplikasi Messenger pada platform desktop, sekaligus memaksa pengguna sedia ada menggunakan Facebook sebagai akses utama untuk terus berhubung melalui Messenger.
Bagi pengguna peranti mudah alih, perubahan ini tidak memberi kesan besar kerana mereka masih boleh menggunakan aplikasi Messenger yang dimuat turun dari Apple App Store atau Google Play Store.
Sumber: engadget

Leave a Reply