,

iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max Rasmi Diperkenalkan, Harga Bermula RM5499

2 Min Bacaan
IPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max Rasmi Diperkenalkan, Harga Bermula RM5499

Apple secara rasmi memperkenalkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max, yang hadir dengan peningkatan dari segi kamera, prestasi, bateri dan ciri Apple Intelligence. Antara perubahan paling menarik ialah kehadiran variable aperture pada sistem kamera utama 48MP.

48MP Fusion Main dengan Variable Aperture

IPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max Rasmi Diperkenalkan, Harga Bermula RM5499 (1)

iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max menggunakan sistem 48MP Fusion Camera yang terdiri daripada kamera utama 48MP Fusion Main, 48MP Fusion Ultra Wide dan 48MP Fusion Telephoto.

Kamera utama kini mempunyai teknologi variable aperture dengan pilihan f/1.48, f/1.8, f/2.8 dan f/4.0. Apple mendakwa sistem ini memberikan kawalan yang lebih baik terhadap pencahayaan, low-light photography dan depth of field. Pengguna juga mendapat ciri Pro Controls untuk kawalan kamera yang lebih profesional.

Untuk video, kedua-dua model menyokong rakaman 4K Dolby Vision sehingga 120fps. Apple juga menambah baik ciri-ciri lain seperti Cinematic mode, Smart Focus Tracking, Dual Capture dan ultra-stabilised video.

Kamera hadapan pula dinaik taraf kepada 18MP Center Stage camera dengan sokongan untuk foto dan video, termasuk Dual Capture dan ultra-stabilised video.

Cip A20 Pro

IPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max Rasmi Diperkenalkan, Harga Bermula RM5499 (2)

Dari segi prestasi, kedua-dua model menggunakan cip baharu A20 Pro yang dibina menggunakan proses 2nm. Cip ini mempunyai 6-core CPU, 7-core GPU dengan Neural Accelerators dan Dual 16-core Neural Engine.

Apple turut memperkenalkan sistem penyejukan baharu menggunakan next-generation vapor chamber yang mempunyai tiga kali ganda keluasan permukaan berbanding generasi sebelumnya. Menurut Apple, sistem ini mengekalkan prestasi sehingga 40% lebih baik berbanding iPhone 17 Pro.

Dari segi sambungan rangkaian, Cip A20 Pro dipadankan dengan cip wireless N1 yang menyokong Wi-Fi 7, dan sokongan Bluetooth 6. Modem C2 yang baharu juga menawarkan peningkatan dari segi sambungan rangkaian cellular dan penggunaan tenaga.

Skrin 6.3 inci dan 6.9 inci

IPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max Rasmi Diperkenalkan, Harga Bermula RM5499 (3)

iPhone 18 Pro hadir dengan skrin OLED 6.3 inci, manakala iPhone 18 Pro Max menggunakan skrin OLED 6.9 inci, kedua-duanya menyokong Super Retina XDR, ProMotion dan Always-On display.

Selain itu, Dynamic Island kini direka semula untuk memaparkan lebih banyak maklumat. Ia sudah boleh memaparkan sehingga tiga Live Activities pada masa yang sama.

Bateri Tahan Lebih Lama

iPhone 18 Pro menawarkan bateri yang mampu bertahan video playback sehingga 34 jam, manakala iPhone 18 Pro Max mampu bertahan sehingga 43 jam.

iPhone 18 Pro boleh mencapai sehingga 50% pengecasan dalam sekitar 15 minit. iPhone 18 Pro Max pula boleh mendapatkan sehingga tujuh jam video playback dengan hanya lima minit pengecasan berwayar.

Warna dan Storan

Kedua-dua model hadir dalam empat pilihan warna, iaitu Black, Silver, Glacier dan Burgundy. Untuk storan pula, kedua-dua model didatangkan dengan pilihan storan bersaiz 256GB, 512GB, 1TB dan 2TB.

Harga dan Tarikh Jualan

Berikut adalah senarai harga iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max:

StoraniPhone 18 ProiPhone 18 Pro Max
256GBRM5,499RM5,999
512GBRM6,499RM6,999
1TBRM8,499RM8,999
2TBRM11,499RM11,999

Bagi pasaran Malaysia, Apple akan membuka tempahan awal bermula 12 September 2026, jam 8 malam. iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max pula akan mula tersedia pada 18 September 2026.

Rujukan: Apple Newsroom

Ruangan Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *