,

Apple Rasmi Melancarkan MacBook Pro Baharu dengan Cip M5 Pro dan M5 Max

Apple MacBook Pro M5 Pro and M5 Max chips 260303 big.jpg.medium 2x

Apple secara rasmi telah melancarkan barisan baharu MacBook Pro yang kini dikuasakan dengan cip generasi terbaharu, M5 Pro dan M5 Max. Cip ini memberikan peningkatan ketara dari segi prestasi dan kebolehan Artificial Intelligence (AI), menjadikan ia peranti laptop yang sesuai untuk tugasan professional.

M5 Pro dan M5 Max

Berdasarkan kenyataan rasmi Apple, cip ini menawarkan CPU sehingga 18-core, dengan 6 super cores yang dikatakan antara yang terpantas di dunia. GPU generasi baharu juga akan dikuasakan dengan Neural Accelerator bagi setiap core. Melalui gabungan CPU dan GPU ini, pengguna boleh menjangkakan prestasi AI 4 kali ganda lebih pantas daripada siri M3, dan 8 kali ganda lebih pantas berbanding siri M1. Penawaran ini sangat membantu bagi pengguna seperti pembangun aplikasi, penyelidik, jurutera AI dan content creator.

Storan Lebih Besar

MacBook Pro kini ditawarkan dengan storan SSD yang lebih besar. Storan standard 1TB bagi model M5 Pro dan 2TB bagi model M5 Max. Apple turut memaklumkan bahawa prestasi SSD kali ini adalah sehingga 2 kali ganda lebih pantas, sangat sesuai untuk kerja yang melibatkan saiz fail yang sangat besar.

Apa Lagi yang Menarik?

Antara penambahbaikan lain yang ditawarkan adalah:

  • sokongan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6, dikuasakan dengan cip Apple N1
  • ketahanan bateri sehingga 24 jam penggunaan
  • paparan Liquid Retina XDR
  • Thunderbolt 5, slot kad SDXC, sokongan HDMI 8K dan MagSafe 3
  • kamera web 12MP Center Stage untuk panggilan video

Harga dan Jualan

Apple telah membuka pra-tempahan bagi MacBook Pro dengan M5 Pro dan M5 Max bermula 4 Mac 2026. Kedua-dua model ini akan mula dijual secara rasmi pada 11 Mac 2026 untuk pasaran global. Harga rasmi Malaysia bermula dari RM8,999 bagi model M5 Pro dan RM14,999 bagi model M5 Max.

Sumber: Apple Newsroom

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *