YouTube akan mula mengubah cara pengiraan public views, bermula dari 24 Ogos 2026. Pengiraan ini termasuk video format biasa, Shorts dan livestream.
Selepas perubahan ini, view akan dikira sebaik sahaja video mula dimainkan. Jadi, penonton dan creator mungkin melihat jumlah views meningkat dengan lebih pantas.
Namun begitu, perubahan ini tidak mengubah cara YouTube mengira pendapatan atau kelayakan YouTube Partner Program (YPP). Jumlah public views yang dipaparkan tidak memberi kesan kepada pendapatan creator. YouTube masih mengekalkan Engaged Watch Hours sebagai ukuran pendapatan creator.
Untuk makluman, creator tidak perlu melakukan apa-apa kerana perubahan ini akan dilakukan secara automatik oleh YouTube pada 24 Ogos 2026.
Sumber: YouTube


Leave a Reply