,

Apple Creator Studio Kini Tersedia di Malaysia – Semua Aplikasi Kreatif Apple dalam Satu Langganan

Apple Creator Studio suite

Apple baru sahaja melancarkan Apple Creator Studio, sebuah langganan yang membolehkan pengguna menggunakan beberapa aplikasi kreatif daripada ekosistem Apple. Langganan ini sesuai untuk content creator, video editor, pelajar dan juga tenaga pengajar.

Aplikasi yang Ditawarkan

  • Final Cut Pro – aplikasi untuk video-editing
  • Logic Pro – aplikasi untuk penghasilan audio & muzik
  • Pixelmator Pro – aplikasi untuk suntingan gambar
  • Motion – aplikasi untuk suntingan efek grafik 2D dan 3D
  • Compressor – aplikasi video conversion integrasi dengan aplikasi Final Cut Pro dan Motion
  • MainStage – aplikasi untuk penghasilan instrumen, audio dan gitar
  • Keynote, Pages dan Numbers – aplikasi untuk produktiviti harian

Sokongan Peranti

Aplikasi dalam langganan Apple Creator Studio hanya disokong untuk beberapa peranti terpilih sahaja. Hal ini disebabkan beberapa aplikasi memerlukan spesifikasi yang hanya disokong oleh peranti tertentu. Jadual berikut menunjukkan aplikasi yang ditawarkan bersama senarai peranti yang menyokong aplikasi tersebut:

KategoriAplikasiPeranti
VideoFinal Cut Pro, Motion, CompressorMac, iPad
AudioLogic Pro, Main StageMac, iPad
GambarPixelmator ProMac, iPad
ProduktivitiKeynote, Pages, Numbers, FreeformMac, iPad, iPhone

Walau bagaimanapun, pengguna juga perlu memastikan versi OS dan spesifikasi peranti mereka menyokong aplikasi yang terlibat. Beberapa ciri yang menggunakan AI mungkin memerlukan versi OS yang lebih baharu. Selain itu, iPad model lama tidak akan menyokong Final Cut Pro, Logic Pro atau Pixelmator Pro.

Harga Langganan

Apple Creator Studio akan tersedia untuk pengguna di Malaysia pada 29 Januari 2026. Semua pelanggan baharu boleh menerima langganan percuma sebulan pertama, manakala pengguna yang membeli peranti Mac atau iPad terpilih akan menerima langgana percuma tiga bulan pertama.

Pengguna boleh melanggan Apple Creator Studio dengan harga bermula serendah RM29.90 sebulan atau RM299 setahun. Pakej langganan education juga membenarkan pelajar dan pengajar dari kolej yang terpilih melanggan dengan harga yang lagi murah, bermula serendah RM9.90 sebulan atau RM99 setahun. Apple Creator Studio juga membenarkan perkongsian aplikasi sehingga enam pengguna dalam Family Sharing. Pengguna juga boleh melanggan aplikasi secara berasingan seperti Final Cut Pro (RM1,299.90), Logic Pro (RM999.90), Pixelmator Pro (RM229.90), Motion (RM229.90), Compressor (RM229.90) dan MainStage (RM129.90). Manakala, aplikasi produktiviti seperti Keynote, Pages, Numbers dan Freeform tersedia secara percuma.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *