Samsung telah rasmi melancarkan Samsung Galaxy A07 5G, sebagai peranti pembuka tirai tahun 2026 di pasaran Malaysia. Peranti ini dikategorikan sebagai sebuah telefon pintar mampu milik yang memfokuskan kepada bateri yang tahan lebih lama, sokongan 5G dan kemaskini keselamatan sehingga 6 tahun. Peranti ini juga merupakan kemaskini daripada model sama yang pernah dikeluarkan tahun lepas, iaitu Samsung Galaxy A07 LTE.


Spesifikasi
| Kamera | 50MP + 2MP kamera belakang 8MP kamera hadapan Rakaman video sehingga FHD (1920 x 1080)@30fps |
| Bateri | 6000 mAh |
| Cip Pemprosesan | MediaTek Dimensity 6300 (2.4GHz Octa-core) |
| Paparan Skrin | 6.7 inci 720 x 1600 HD+ 120Hz Refresh Rate |
| Storan | 6GB RAM + 128GB ROM 8GB RAM + 256GB ROM Menyokong kad MicroSD sehingga 2TB |
| Sokongan Sekuriti | Sehingga 31 Januari 2032 |
| Pilihan Warna | Black, Light Green, Light Violet |
Antara perkara yang menarik pada peranti ini ialah, ianya mampu milik, hadir dengan design yang lebih sleek dan stylish, sokongan kemaskini OS untuk tempoh yang panjang, mempunyai rating IP54 yang mampu menahan habuk dan air, dan mempunyai sokongan 5G. Semua ini didatangkan dalam satu harga yang mampu milik.
Harga Jualan
Samsung Galaxy A07 5G hadir dengan dua varian storan. Berikut adalah harga rasmi di Malaysia:
- 6GB RAM + 128GB ROM – RM699
- 8GB RAM + 256GB ROM – RM949 (harga sebelum potongan rebat)
Bagi varian 8GB RAM + 256GB ROM, pembeli boleh mendapat rebat sebanyak RM250 untuk masa yang terhad. Samsung Galaxy A07 5G sudah mula dijual bermula 30 Januari 2026, dan boleh dibeli melalui Samsung Online Store atau pengedar sah Samsung di Malaysia.
Sumber: Samsung

Leave a Reply