,

vivo V60 – Kini Rasmi di Malaysia

2 Min Bacaan
DSC02297

vivo V60 secara rasminya telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia dengan membawakan beberapa penambahan yang menarik seperti naik taraf kamera, spesifikasi cip, kapasiti bateri, fungsi AI dan pengalaman penggunaan.

vivo V60 tampil dengan rekaan yang tidak jauh beza daripada model sebelumnya, iaitu V50. Namun, vivo telah menambah baik paparan skrin dengan meningkatkan puncak kecerahan maksima setinggi 5000 nits, menjadikan pengalaman visual lebih jelas dibawah matahari. Selain daripada itu, vivo masih mengekalkan paparan skrin AMOLED berukuran 6.77 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 7 Gen 4, vivo menyatakan bahawa prestasi GPU dan CPU meningkat setinggi 30%. V60 juga mempunyai dua pilihan memori 8GB dan 12GB RAM dengan pilihan storan dalam 256GB dan 512GB. vivo masih lagi mengekalkan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15 pada model ini. Walaubagaimanapun, model ini akan menerima sokongan 6 tahun kemaskini sekuriti, 5 tahun pengalaman penggunaan yang lancar dan 4 tahun kemaskini utama bagi OS mereka.

Kapasiti bateri juga mempunyai pengingkatan sehingga 6500 mAh dengan sistem BlueVolt Battery. Model ini menyokong pengecasan pantas 90W yang turut disertakan bersama peranti ini. Apa yang lagi menarik, vivo menawarkan fungsi seperti Bypass Charging, Battery Life Extender dan Super Battery Saver. Dengan ini, pengguna tidak perlu risau untuk terus menggunakan peranti walau peratus bateri rendah.

Spesifikasi kamera pula menunjukkan beberapa penambahbaikan. vivo V60 dilengkapi dengan kamera utama 50MP, kamera super telefoto 50MP, kedua-duanya dengan Imej Pengstabilan Optik (OIS), kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 50MP. V60 masih lagi mengekalkan identiti kamera mereka berasaskan ZEISS dan fungsi Aura Light. vivo juga menambah baik hasil tangkapan zoom terutamanya pada jarak 100x dalam Stage mode, serta menambah baik fungsi AI mereka seperti AI Erase, AI Reflaction Erase, AI Magic Move dan AI Image Expander.

Antara fungsi-fungsi menarik yang dibawakan pada model ini ialah seperti sokongan IP68 dan IP69, penambahbaikan fungsi signal, peningkatan ketahanan badan peranti, penambahbaikan fungsi AI dan sokongan Google Gemini. vivo V60 hadir dengan tiga pilihan warna, Mist Gray, Summer Blue dan Berry Purple.

Harga rasmi vivo V60 bermula dari RM1999 bagi versi 8GB + 256GB dan RM2399 bagi versi 12GB + 512GB. Pengguna boleh mendapatkan potongan harga sebanyak RM100 bagi spesifikasi 12GB + 512GB untuk masa yang terhad. Bagi mereka yang berminat, boleh mula pra-tempah sehingga 4 September 2025 dan berpeluang untuk mendapat beberapa hadiah menarik seperti POP Mart ZSIGA Limited Edition Box.

Ruangan Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *