ILMUchat ialah sebuah chatbot dengan Kecerdasan Buatan (AI) yang bakal diperkenalkan di Malaysia. Ianya dibangunkan untuk membantu pengguna dalam pelbagai bidang dan menjawab pelbagai permasalahan, fungsi yang seakan sama seperti ChatGPT dan Copilot.
Menariknya, ILMUchat dibangunkan dengan fokus kepada konteks Malaysia seperti penggunaan bahasa tempatan, budaya, serta isu semasa yang lebih dekat dengan pengguna tempatan.
Berikut antara ciri-ciri utama yang ditawarkan ILMUchat:
- Sokongan Bahasa Melayu dan Inggeris: kefahaman dan komunikasi akan menjadi lebih mudah, malah pengguna juga boleh menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi dengan chatbot
- Dilatih Berdasarkan Data Tempatan: dilatih dengan data tempatan, dibentuk mengikut budaya Malaysia, namun dibangunkan mengikut piawaian global, menjadikan ILMUchat bukan sahaja relevan untuk rakyat Malaysia, tetapi juga setanding dengan teknologi antarabangsa
- Memahami Budaya Tempatan: mempunyai data yang terkini terutamanya tentang budaya tempatan, tempat dan juga isu-isu terkini yang berlaku di Malaysia, malah boleh juga recommend tempat makan yang best di Malaysia
- Keselamatan Data: ILMUchat dibangunkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, memastikan data pengguna dilindungi dibawah Personal Data Protection Act 2010 (PDPA)
ILMUchat bakal menjadi chatbot AI yang pertama di Malaysia dan early access akan dilancarkan pada 16 September 2025, sempena sambutan Hari Malaysia. Pengguna boleh menjadi yang terawal untuk mencuba dengan hanya mendaftar pada laman web rasmi ILMUchat.

Dengan slogan Speak Malaysian, Think Lokal dan hashtag #AILOKAL, rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan chatbot AI yang lebih sesuai dengan konteks tempatan untuk kegunaan harian dalam menyelesaikan pelbagai masalah.
Sumber: ILMUchat


Leave a Reply