Nothing secara rasminya telah mengumumkan Phone (3) di Malaysia dalam satu acara yang dilangsungkan di EX8 Subang Jaya pada 11 Julai 2025. Ini adalah model flagship terbaru daripada Nothing yang menampilkan reka bentuk yang unik pada panel belakang.

Nothing kekal dengan identiti yang membawakan design yang unik pada peranti keluaran mereka, tetapi kali ini lebih berani. Phone (3) hadir dengan susunan kamera yang baru, serta fungsi terbaru Glyph Matrix, iaitu sebuah LED yang boleh diubah suai paparannya. Antara fungsi menarik terdapat pada Glyph Matrix ialah paparan bateri, stopwatch, mini games seperti Bottle Spin dan Magic 8 Ball.

Phone (3) menggunakan paparan skrin AMOLED 6.67″, resolusi 1260×2800 beserta 120Hz refresh rate dengan kecerahan puncak setinggi 4500 nits. Model ini menggunakan cip terbaru dari Snapdragon, Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4 yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Terdapat dua jenis spesifikasi pada model terbaru ini, 12GB RAM + 256GB ROM dan 16GB + 512GB ROM.

Model ini dikuasakan oleh Nothing OS 3.5 berasaskan Android 15, yang juga didatangkan dengan fungsi AI seperti Essential Search dan Flip to Record. Bateri yang disertakan sebesar 5150mAh dengan pengecasan pantas setinggi 65W. Peranti ini juga boleh dicas menggunakan Qi Wireless Charger dan didatangkan dengan fungsi Reverse Wireless Charging.
Terdapat tiga kamera pada bahagian panel belakang, masing-masing menggunakan 50MP – lensa utama, ultra-lebar dan periscope. Kamera hadapan juga menggunakan 50MP. Phone (3) boleh merakam video setinggi 4k 60fps dan turut mempunyai Optic Image Stablization (OIS).

Phone (3) akan mula dijual pada 1 Ogos 2025, namun pengguna sudah boleh pre-order bermula 12 Julai 2025. Bagi mereka yang membuat pre-order, Nothing akan menawarkan beberapa hadiah seperti Nothing Ear (a), tote bag, topi, lanyard dan waranti tambahan selama setahun. Harga jualan bermula dari RM3299 bagi model 12GB+256GB dan RM3799 bagi model 16GB+512GB.


Leave a Reply