, ,

Apple Pay Mula Menyokong Kad Debit AmBank

AmBank Debit Apple Pay

AmBank kini mengumumkan sokongan baharu pada kepada pengguna kad debit mereka bagi fungsi Apple Pay menerusi rangkaian MyDebit. Untuk makluman, sebelum ini AmBank telah pun tersenarai sebagai antara bank yang menyokong fungsi Apple Pay, namun hanya untuk pengguna kad kredit AmBank sahaja.

Banner

Melalui sokongan ini, pengguna kad MyDebit AmBank sudah boleh menambah kad mereka pada Apple Wallet dan berbelanja di setiap kedai fizikal dan kedai atas talian dengan hanya menggunakan peranti Apple. Tambahan lagi, pengguna berpeluang untuk mendapatkan cashback sebanyak RM30 untuk tempoh yang terhad apabila menggunakan Apple Pay. Untuk mendapatkan cashback ini, pengguna perlu melakukan transaksi sekurang-kurangnya RM30 sebanyak tiga kali dalam sebulan dengan menggunakan fungsi Apple Pay. Tawaran ini hanya terhad untuk pengguna kad debit AmBank Visa sehingga 14 Ogos 2026.

Screenshot 2026 04 16 at 9.51.29 AM

Pengguna boleh menambah kad debit mereka dengan dengan cara berikut:

  1. Log masuk aplikasi AmOnline App
  2. Pilih kad yang ingin ditambah ke dalam Apple Wallet
  3. Pengguna sudah boleh menggunakan kad debit mereka melalui Apple Pay

Sumber: AmBank

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *