Ryt Bank baru sahaja mengumumkan sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan virtual mereka. Melalui pengumuman ini, pengguna Ryt Bank sudah boleh membuat pembayaran menggunakan Apple Pay melalui peranti Apple seperti iPhone dan Apple Watch.

Cara Tambah Kad Ryt Bank ke Apple Pay
Proses menambah kad boleh dilakukan terus melalui aplikasi Ryt Bank.
- Buka aplikasi Ryt Bank pada peranti iPhone.
- Pilih bahagian Cards.
- Tekan pilihan Add to Apple Wallet.
- Pilih kad fizikal atau kad virtual yang ingin ditambah.
- Ikuti arahan pada skrin sehingga proses selesai.
Pengguna juga mempunyai pilihan untuk tambah kad ke Apple Watch semasa proses tersebut.
Dengan pengenalan Apple Pay ini, Ryt Bank telah menyokong kedua-dua platform Apple Pay dan Google Pay, selepas setahun beroperasi sebagai bank digital di Malaysia.



Leave a Reply