,

Discord Bakal Minta ID Pengguna untuk Akses Penuh

Ilgmyzin LfyqIlrLZfw unsplash

Discord merupakan aplikasi komuniti online yang popular dalam kalangan gamers dan remaja. Namun baru-baru ini, Discord dilaporkan bahawa mereka bakal mewajibkan pengesahan umur untuk pengguna yang mahu akses penuh ke platform tersebut. Langkah ini akan dilaksanakan secara global bermula bulan depan (Mac 2026), dan berkemungkinan besar turut melibatkan pengguna di Malaysia.

Apa yang Pengguna Perlu Tahu

  • Akaun pengguna akan ditetapkan kepada mod teen-appropriate secara default, melainkan corak penggunaan pengguna menunjukkan mereka adalah dewasa
  • Pengguna perlu memuat naik gambar ID mereka, atau mengambil video selfie untuk pengesahan umur
  • Artificial Intelligence (AI) akan digunakan untuk menilai anggaran umur pengguna berdasarkan gambar ID dan video selfie yang telah dimuat naik
  • Pengguna yang tidak melakukan pengesahan umur akan menghadapi beberapa sekatan seperti, tidak dapat akses ke dalam server atau channel age-restricted, tidak dapat bercakap dalam livestream, content berunsur sensitif akan disekat atau blur, dan beberapa ciri komunikasi akan dihadkan
  • Discord menyatakan bahawa mereka tidak akan menyimpan gambar atau video yang dimuat naik pengguna dalam sistem selepas proses pengesahan

Secara asasnya, keselamatan pengguna terutamanya golongan remaja sememangnya penting. Langkah yang dilakukan oleh Discord ini boleh dianggap sebagai satu usaha yang baik. Namun begitu, mewajibkan pengesahan umur dengan menggunakan ID untuk mendapatkan akses penuh mungkin agak keterlaluan. Dari segi keselamatan, ia mungkin membantu, tetapi dari sudut privasi pengguna, ia adalah satu keputusan yang wajar dipersoalkan.

Tambahan pula, Discord pernah menerima kecaman beberapa bulan lalu selepas isu kebocoran hampir 70,000 gambar ID pengguna.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *