
iQOO (sub-brand dari vivo), kini melancarkan fon gaming terbaru mereka — iQOO Neo 10. Ianya boleh dilabel sebagai fon gaming kerana dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4. Peranti ini juga turut menawarkan skrin AMOLED 6.78” dengan resolusi 1.5K dan 144Hz refresh rate. Dilengkapi dengan cip Supercomputing Q1, sekaligus menjanjikan frame rate yang tinggi ketika bermain game, selain daripada paparan resolusi yang lebih jelas dan rendah latency. Sekaligus menjadikannya antara fon gaming terbaik dalam kelasnya tersendiri.
iQOO Neo 10 menawarkan dua pilihan RAM dan storan, iaitu 12GB RAM + 256GB storan, serta 16GB RAM + 512GB storan. Jenis RAM yang digunakan ialah LPDDR5X Ultra, manakala jenis storan pula ialah UFS 4.1 untuk kelajuan maksimum read/write. Peranti ini dioperasikan oleh Android versi 15 berasaskan FuntouchOS 15. Sistem operasi ini menawarkan beberapa AI features yang terbaru bagi memudahkan penggunaan harian.
Bagi mereka yang gemar mengambil gambar, iQOO Neo 10 menawarkan dua kamera utama dengan sensor 50MP menyokong Optical Image Stabilization (OIS) dan sensor 8MP untuk ultra-lebar. Manakala bagi kamera selfie pula ditawarkan dengan sensor 32MP, sudah memadai bagi mereka yang suka buat live dan video call.
Satu lagi kelebihan iQOO Neo 10 adalah kapasiti bateri sebesar 7000mAh (Gen 3 Silicon BlueVolt). Ia juga turut menyokong pengecasan pantas 120W. Selain itu, peranti ini juga menawarkan Bypass Charging, membolehkan anda bermain game sambil mengecas tanpa risau peranti overheat pada bahagian bateri. Tambahan pula, iQOO Neo 10 menyertakan sistem penyejukan 7K Ultra VC System untuk memastikan suhu peranti kekal optimum walaupun digunakan secara agresif, terutamanya ketika bermain game.

iQOO Neo 10 hadir dalam dua pilihan warna yang unik, Desert Gold dan Astral Black. Untuk pasaran Malaysia, fon ini boleh ditawarkan dengan harga bermula serendah RM1999 bagi spesifikasi yang paling rendah. Peranti ini boleh dibeli secara online atau di kedai rasmi iQOO Malaysia.
Nota: Beberapa gambar dalam artikel ini adalah milik iQOO Malaysia dan digunakan untuk tujuan editorial sahaja.
Sumber: iQOO Malaysia

Leave a Reply