
Geekerz MY ialah sebuah platform yang mengetengahkan berita terkini mengenai teknologi, hiburan dalam dan luar negara, dan perkongsian gaya hidup masa kini. Fokus utama kami adalah pada dunia teknologi – termasuklah perkembangan peranti, apps, dan inovasi digital yang relevan dengan pembaca di Malaysia.
Tapi Geekerz bukan hanya untuk peminat tegar teknologi sahaja. Kami juga akan berkongsi berita mengenai dunia hiburan — termasuk permainan video, kandungan penstriman, trend media sosial, serta gaya hidup yang berkait rapat dengan teknologi harian.
Geekerz akan bermula sebagai platform blog atau penulisan, di mana kami akan cuba post beberapa berita dan artikel menarik setiap minggu. Buat masa ini, hanya beberapa penulis sahaja yang terlibat, namun kami sangat mengalu-alukan jika ada penulis di luar sana yang berminat untuk menyumbang penulisan di platform ini. Pada masa akan datang, kami juga merancang untuk membawa kandungan visual di platform lain seperti YouTube dan TikTok — termasuk reviews, berita ringkas, dan hands-on produk atau peranti.
Kami berharap anda semua akan terus menyokong dan mengikuti Geekerz di platform rasmi kami, serta media sosial seperti Instagram, TikTok, X dan YouTube untuk update terkini dunia teknologi, hiburan dan gaya hidup.
Terima kasih atas sokongan anda semua. Untuk Geekerz di luar sana, let’s geek out loud!

Leave a Reply