,

iOS 26 – Apa yang Baru? 8 Fungsi Baharu yang Anda Patut Tahu

4 Min Bacaan
Apple WWDC25 iOS 26 hero 250609 big.jpg.large

Apple baru sahaja mengumumkan kemaskini terbaru Operating System mereka – iOS 26, pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2025. Ya, anda tidak tersalah baca, dan anda tidak ketinggalan zaman. Apple menggunakan sistem penamaan yang baru bagi iOS 26. Bermula tahun ini, nama iOS akan diambil sempena tahun ianya dilancarkan. iOS 26 masih lagi dalam versi beta semasa artikel ini ditulis, tetapi Apple telah mengumumkan banyak fungsi baru dan menarik untuk kemaskini kali ini. Berikut kami ringkaskan beberapa fungsi yang mula diperkenalkan.

Interface yang Baru

Apple memperkenalkan interface yang baru – Liquid Glass. Interface seakan kelihatan seperti kaca dan beberapa animation menarik memberikan nafas yang baru kepada pengguna iPhone. Selain itu, locksrceen kini mula menyokong wallpaper 3D yang interaktif, dimana pengguna boleh menambah efek 3D pada gambar dan apply sebagai wallpaper pada lockscreen. Notification badge, jam pada lockscreen dan Control Center juga diberi nafas yang baru. Pengguna juga boleh customize mengikut cita rasa masing-masing, sama seperti iOS sebelum ini. Ini merupakan perubahan visual terbesar sejak beberapa tahun dan kami harapkan perubahan ini tidak akan memberi sebarang isu performance yang ketara.

Aplikasi Camera Lebih Minimalist

Aplikasi Camera pada iPhone kini tampil lebih simple dan minimalist. Hanya terdapat pilihan mod Photo dan Video sahaja pada paparan, namun untuk menggunakan fungsi seperti Portrait, Cinematic dan lain-lain, pengguna perlu swipe ke kiri atau kanan pada mod Photo atau Video. Untuk ubah settings seperti Flash dan Aspect Ratio pula, pengguna perlu swipe ke atas. Mungkin sesuatu yang janggal pada awal penggunaan, namun kemaskini ini cukup untuk “menyedapkan mata” sesetengah pengguna ketika menggunakan aplikasi Camera.

Fungsi Baru pada Aplikasi Message

Aplikasi Message kini mula menyokong custom wallpaper untuk setiap chat. Selain itu, fungsi Typing Indicator, Polling dan Interaction hadir dalam group chat, fungsi yang sama telah digunakan pada aplikasi pemesejan yang lain seperti WhatsApp dan Telegram.

Call Screening

Satu ciri yang sangat dinantikan dan berguna bagi pengguna – Call Screening. Ia akan menjawab panggilan pada background secara automatik sekiranya terdapat panggilan dari nombor telefon yang tidak dikenali. Setelah caller tersebut memberikan sebab dan tujuan, telefon akan berbunyi dan pengguna boleh melihat response mereka dalam bentuk transkrip dan pilih sama ada mahu menerima atau menolak panggilan tersebut. Ciri ini sangat membantu dalam menapis spam call dari scammer dengan lebih baik dan selamat.

Auto Live Translation

Pengguna kini boleh menggunakan fungsi Live Translation pada aplikasi Message, Phone, FaceTime dan Apple Music. Pada aplikasi Phone dan FaceTime, suara perbualan akan diterjemahkan dalam bentuk teks secara real-time. Pada aplikasi Message pula, pengguna boleh melihat paparan teks yang diterjemahkan ketika chat bersama orang lain. Apa yang lagi menarik, fungsi ini juga boleh digunakan sekiranya pengguna lain menggunakan Android. Walaubagaimanapun, Live Translation hanya menyokong beberapa bahasa sahaja buat masa ini. Sekiranya fungsi ini mengganggu pengalaman penggunaan, pengguna ada pilihan untuk nyah-aktifkan fungsi tersebut.

Visual Intelligence

Gabungan Apple Intelligence dan Visual Intelligence dapat mengenal pasti setiap paparan pada skrin pengguna dan memberikan beberapa suggested actions untuk pengguna. Sebagai contoh, sekiranya pengguna mengambil screenshot, Visual Intelligence dapat mengenal pasti objek atau content yang terdapat pada screenshot tersebut dan akan suggest beberapa actions seperti summarize, carian objek dalam gambar dan lain-lain. Fungsi ini hampir sama seperti yang terdapat pada Google Lens.

Aplikasi Baru Games App

iOS 26 hadir dengan aplikasi baru buat pengguna yang suka bermain gamesGames App. Ianya seakan one-stop center untuk melihat semua game yang dimiliki atau dibeli dari App Store. Pengguna juga boleh buka game terus melalui aplikasi ini. Aplikasi ini juga meneruskan legasi Game Center, dimana pengguna boleh bekongsi dan bersaing achievements bersama pemain yang lain dan juga melihat game apa yang dimainkan oleh pemain yang lain.

Genmoji dan Image Playground

Genmoji adalah sebuah ciri yang mungkin akan jadi kegemaran pengguna. Genmoji memberi peluang kepada pengguna untuk bermain dan customize dengan emoji seperti menggabungkan dua emoji menjadi satu. Ciri ini boleh diakses melalui keyboard atau Image Playground. Selain itu, Image Playground juga membolehkan pengguna untuk generate gambar seakan sama seperti fungsi yang terdapat pada ChatGPT.

Rumusan

Kami boleh rumuskan bahawa iOS 26 kali ini hadir dengan banyak major update, terutama sekali pada bahagian interface dan integrasi bersama Apple Intelligence. Mungkin ada sesetengah fungsi telah pun digunakan pada peranti Android yang lain, namun Apple hadir dengan keistimewaan mereka tersendiri. iOS 26 menyokong peranti bermula dari iPhone 11 sehingga model yang terbaru. Setakat ini iOS 26 hanya boleh dicuba secara beta. Untuk mendapatkan kemaskini secara rasmi, pengguna perlu menunggu pelancarannya sekitar bulan September kelak.

Nota: Gambar dalam artikel ini diambil dari MacRumors dan WIRED untuk tujuan editorial sahaja.

Sumber: WIRED

Ruangan Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *