, , ,

28 Years Later – Filem yang Dirakam Sepenuhnya Menggunakan iPhone 15 Pro Max

Image

28 Years Later adalah sebuah filem sekuel kepada filem 28 Days Later (2002) dan 28 Weeks Later (2007), diarahkan oleh pengarah Danny Boyle. 28 Years Later mengisahkan tentang wabak virus bernama Rage yang boleh mengubah manusia menjadi makhluk ganas. Tetapi, kami bukan ingin mengulas berkenaan filem ini, sebaliknya kami ingin berkongsi satu fakta yang menarik di sebalik tabir pembuatan filem ini. Ianya dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone 15 Pro Max.

Menurut PetaPixel, Danny Boyle memilih untuk menggunakan gaya rakaman yang lebih ‘eksperimental’ ketika penggambaran filem 28 Years Later. Filem ini akan ditayangkan dalam aspect ratio yang lebar, iaitu 2.76:1. Boyle juga pernah mengambil pendekatan yang ‘unik’ ketika mengarahkan filem 28 Days Later pada tahun 2002, dimana filem tersebut dirakam dalam format 4:3 dengan menggunakan MiniDV camcorders. Boyle juga pernah mengatakan gaya rakaman seperti ini boleh memberikan pengalaman yang berbeza kepada penonton untuk merasai POV ketika dunia dilanda apocalypse.

Boyle mengambil pendekatan yang sama tetapi kali ini menggunakan teknologi yang lebih moden, iaitu iPhone 15 Pro Max. Dan yang paling menarik, Boyle bekerjasama dengan Anthony Dod Mantle (cinematographer) untuk menggunakan sebanyak 20 biji iPhone 15 Pro Max sepanjang penggambaran. iPhone tersebut telah dipasangkan dengan rig yang professional seperti camera cages, sensor khas, malah peranti ini juga digunakan pada drone dan badan pelakon.

Boyle menjelaskan bahawa penggunaan iPhone ini mampu memberi kelebihan dan memudahkan kerja semasa post-production nanti. Penggunaan banyak kamera pada sesuatu scene boleh menghasilkan shot dari pelbagai perspektif. Kerja editing juga akan lebih fleksibel kerana pelbagai rakaman dari sudut yang berbeza telah tersedia. Kaedah ini juga mampu menghasilkan time-slice effect atau transition yang lebih kreatif.

Penggunaan iPhone dalam penggambaran filem menunjukkan bahawa telefon pintar pada zaman ini sudah semakin canggih dari segi kamera, bukan sahaja boleh digunakan untuk upload video dan gambar pada social media, malah untuk penggambaran yang lebih professional. Ini juga memberi ruang kepada pembuat filem atau content creator untuk mencipta content tanpa memerlukan kos yang terlalu tinggi.

28 Years Later dibintangi oleh Jodie Comer, Aaron Taylor-Johnson dan Ralph Fiennes. Filem ini akan menerima tayangan rasmi pada 19 Jun 2025.

Sumber: PetaPixel

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *