CIMB Bank Berhad mula menawarkan program First Car Solution, satu program pembiayaan kereta baharu kepada pembeli kereta kali pertama di Malaysia. Program ini ditawarkan khusus kepada pelanggan berumur 18 hingga 30 tahun.
Melalui First Car Solution, pelanggan yang layak akan menerima pembaharuan cukai jalan (roadtax) percuma selama dua tahun bernilai sehingga RM240. Selain itu, program ini turut menawarkan perlindungan insurans dan Takaful melalui pembiayaan Bancassurance, yang meliputi perlindungan daripada risiko yang tidak dapat dijangka seperti kemalangan atau kehilangan kenderaan.
Program ini juga turut menekankan perlindungan Purchase Price GAP (PPG) yang bertujuan untuk membantu menampung perbezaan antara nilai tuntutan insurans dan harga asal kenderaan sekiranya berlaku kerugian secara menyeluruh (total loss).



Untuk menikmati manfaat yang ditawarkan, pelanggan perlu melanggan tiga produk utama CIMB, iaitu pembiayaan auto, perlindungan insurans atau Takaful, dan kad kredit CIMB yang telah ditetapkan. Kempen ini telah pun berlangsung dari 15 Mac sehingga 31 Ogos 2026. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi CIMB.
Sumber: CIMB Newsroom


Leave a Reply