, , ,

Ryt Bank Memperkenalkan Ryt Groups, Mudahkan Urusan Perbelanjaan Bersama

1 Min Bacaan
Ryt Bank Memperkenalkan Ryt Groups, Mudahkan Urusan Perbelanjaan Bersama

Ryt Bank menawarkan satu fungsi baharu, iaitu Ryt Groups. Fungsi ini memudahkan pengguna mengurus perbelanjaan bersama rakan atau ahli keluarga.

Melalui Ryt Groups, pengguna boleh membahagikan perbelanjaan, track setiap pembayaran dan collect jumlah baki yang perlu dibayar oleh setiap ahli dalam kumpulan.

Cara Ryt Groups Berfungsi

Untuk menggunakan Ryt Groups, pengguna boleh membuat satu kumpulan dan memilih individu yang ingin dimasukkan ke dalam kumpulan tersebut. Menariknya, ahli dalam kumpulan tidak semestinya memerlukan akaun Ryt Bank untuk menyertai kumpulan tersebut.

Selepas kumpulan dibuat, pengguna boleh menambah perbelanjaan baru dengan menangkap gambar resit. Ryt AI mampu membantu mengenal pasti setiap item dalam resit tersebut. Seterusnya pengguna boleh assign setiap item kepada ahli kumpulan yang berkaitan. Jika diperlukan, setiap item boleh diubah atau ditambah secara manual.

Pengguna boleh share link pembayaran atau QR Code kepada ahli kumpulan untuk menyelesaikan pembayaran. Setiap pembayaran yang dibuat akan direkodkan dalam kumpulan. Jika ahli kumpulan membuat pembayaran secara tunai, pengguna juga boleh menandakan pembayaran tersebut sebagai selesai secara manual.

Lebih menarik, pengguna boleh terus menambah perbelanjaan baru dalam kumpulan yang sama. Fungsi ini sangat berguna untuk pelbagai situasi seperti keluar makan bersama rakan, bercuti secara berkumpulan atau berkongsi perbelanjaan subscription.

Secara keseluruhan, Ryt Groups menggabungkan fungsi split, track, collect and settle dalam satu tempat, menjadikan pengurusan perbelanjaan bersama lebih mudah. Ryt Groups kini sudah boleh diakses melalui aplikasi Ryt Bank dan pengguna sudah boleh mencubanya.

Sumber: Ryt Bank

Ruangan Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *