Pada 30 Jun 2025, vivo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan model terbaru bagi siri X200 – vivo X200 FE. Model terbaru ini membawakan spesifikasi daripada kelas flagship namun dalam saiz yang lebih compact dan premium.

Reka bentuk model terbaru ini berbeza berbanding siri X200 yang lain. Hadir dengan kemasan yang lebih bergaya, lebih kecil, malah hadir dengan beberapa pilihan warna yang menarik – Blue Breeze, Yellow Glow, Pink Vibe, Black Luxe. Berat peranti hanya 186g, ketebalan pula 7.99 mm, menjadikan ianya sebuah peranti yang ringan. Paparan skrin adalah 6.31 inci, skrin jenis AMOLED, 120Hz refresh rate dengan resolusi setinggi 2640 x 1216. Kecerahan puncak bagi paparan skrin pula setinggi 5000 nits, sangatlah sesuai untuk kegunaan luar. Peranti ini juga mempunyai rating IP68 + IP69, menjadikannya kalis air dan juga habuk.
vivo X200 FE dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 9300+ (4nm), bersama dengan 12GB RAM (boleh ditingkatkan lagi dengan 12GB RAM tambahan) dan storan dalaman 512GB. Model ini menjalankan Funtouch OS 15 yang berasaskan Android 15. Untuk bateri pula, vivo meletakkan bateri berkapasiti 6500mAh dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge.
vivo masih mengekalkan kerjasama dengan ZEISS bagi sistem kamera untuk model ini. Kamera didatangkan bersama tiga sensor, 50MP kamera utama, 8MP ultra-lebar dan 50MP telephoto. Kamera pada bahagian depan pula setinggi 50MP. Malah, vivo masih mengekalkan mode kamera yang terdapat pada siri X200 yang lain, seperti Stage Mode dan Snapshot.
Peranti ini juga memperkenalkan beberapa ciri AI yang terbaru, seperti AI Captions (menukarkan audio kepada text secara automatik), AI Screen Translation (menterjemah paparan secara terus pada skrin), Smart Call Assistant (terjemahan secara real-time semasa panggilan audio/video) dan Circle to Search (carian pantas hanya dengan membulatkan objek pada skrin).
vivo secara rasminya telah membawa masuk model X200 FE di pasaran Malaysia, dengan harga RM3199. Pra-tempah masih lagi dibuka sehingga 4 Julai 2025. Apa yang lagi menarik, bagi yang membuat pre-order sebelum 4 Julai berpeluang untuk mendapat hadiah seperti earbud vivo TWS 3e, set Pickle Paddle, warranty dan perlindungan skrin selama setahun. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh mendapatkan rebat bernilai sehingga RM200.

vivo X200 FE adalah peranti yang ideal bagi mereka yang mahukan peranti compact tanpa mengorbankan spesifikasi. Reka bentuk menarik, kamera ZEISS, bateri besar dan ciri AI yang berkuasa menjadikan peranti ini antara pilihan untuk anda.
Sumber: vivo Malaysia


Leave a Reply