,

vivo V80 Lite 5G Dilancarkan, Dilengkapi Bateri Sebesar 10000mAh

2 Min Bacaan
Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan, Dilengkapi Bateri Sebesar 10000mAh

vivo secara rasmi melancarkan vivo V80 Lite 5G untuk pasaran Malaysia. Tarikan utama peranti ini terletak pada kapasiti bateri yang besar dan beberapa ciri yang direka khas untuk penggunaan harian.

Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan, Dilengkapi Bateri Sebesar 10000mAh (1)

Kapasiti Bateri yang Besar

Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan, Dilengkapi Bateri Sebesar 10000mAh (5)

vivo V80 Lite 5G dilengkapi bateri berkapasiti 10,000mAh BlueVolt dengan teknologi 4th-Gen Silicon Anode. Menurut vivo, bateri ini mampu menawarkan ketahanan sehingga 30 jam penstriman video dan 68 jam panggilan suara.

Berdasarkan ujian makmal vivo, bateri ini direka untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti selepas 1,400 kitaran pengecasan penuh. Ia turut menyokong pengecasan 44W FlashCharge.

Telefon ini juga hadir dengan fungsi Reverse Charging, yang boleh digunakan sebagai sumber kuasa untuk mengecas peranti lain. Melalui fungsi ini, telefon ini mampu mengecas beberapa peranti lain serentak.

Direka untuk Cuaca Malaysia

Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan, Dilengkapi Bateri Sebesar 10000mAh (2)

Antara tarikan lain yang menarik perhatian ialah vivo V80 Lite 5G memfokuskan penggunaan dalam persekitaran yang bersuhu tinggi.

V80 Lite 5G dilengkapi dengan sistem penyejukan 3.8K Ultra Large VC Cooling System yang menggunakan vapor chamber berkeluasan 3,800mm. vivo mendakwa sistem penyejukan ini menawarkan peningkatan kawasan penyejukan sebanyak 250% berbanding generasi sebelumnya. Telefon ini mempunyai penarafan IP68 dan IP69 untuk perlindungan daripada air dan habuk.

Spesifikasi Lain

Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan, Dilengkapi Bateri Sebesar 10000mAh (3)

Untuk paparan, vivo V80 Lite 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83 inci, beresolusi 2800 x 1260 dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Paparan skrin pula menyokong kecerahan sehingga 2,000 nits, sesuai untuk kegunaan di bawah cahaya matahari.

Selain itu, vivo V80 Lite 5G dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan kamera bokeh 2MP, serta menyokong rakaman video sehingga 4K. Kamera hadapan pula dilengkapi dengan sensor 32MP. Peranti ini juga turut membawa beberapa fungsi AI seperti AI Erase yang membolehkan pengguna membuang objek tertentu daripada gambar.

Dari aspek hardware, V80 Lite 5G menggunakan cip MediaTek Dimensity 7300e dipasangkan dengan memori bermula dari 6GB RAM dan storan dalaman bermula daripada 128GB. Telefon ini juga menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16.

Peranti ini juga turut menyokong rangkaian 5G, Bluetooth 5.4 dan NFC. Lebih menarik, vivo turut membawakan AI SuperLink yang direka khas untuk membantu meningkatkan kekuatan signal khususnya di lokasi yang sukar untuk mendapatkan liputan.

Untuk pasaran Malaysia, vivo V80 Lite 5G ditawarkan dalam pilihan warna Pink, Green dan Black.

Harga Jualan

vivo telah membuka pra-tempah vivo V80 Lite 5G sehingga 11 September 2026. Berikut adalah harga rasmi vivo V80 Lite 5G untuk pasaran Malaysia:

  • 6GB RAM + 128GB ROM: RM1,499
  • 6GB RAM + 256GB ROM: RM1,799
  • 8GB RAM + 256GB ROM: RM1,999
Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan, Dilengkapi Bateri Sebesar 10000mAh (4)

Bagi mereka yang melalukan pra-tempahan, vivo menawarkan hadiah percuma seperti Smart Projector bernilai RM699, backpack, V Selection Earbuds dan card holder yang bernilai sehingga RM199.

Selain itu, vivo menawarkan vivo Care yang menyertakan 4 tahun waranti bateri, satu tahun lanjutan waranti serta satu tahun waranti bagi back cover proctection. Untuk pembelian ansuran pula, vivo menawarkan beberapa promosi Buy Now, Pay Later (BNPL) dan rebat RM100 bagi bank yang terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat.

Ruangan Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *