Apple secara rasmi memasuki pasaran telefon pintar boleh lipat dengan memperkenalkan iPhone Duo, iPhone foldable pertama daripada Apple.
iPhone Duo hadir dengan reka bentuk boleh lipat yang menawarkan skrin dalaman 7.6 inci apabila dibuka, menjadikannya iPhone dengan skrin terbesar yang pernah diperkenalkan Apple.
Paparan Skrin 7.6 inci

Apabila dibuka, iPhone Duo menawarkan paparan skrin 7.6 inci Super Retina XDR OLED folding display dengan kemasan nano-texture. Apabila dilipat pula, pengguna boleh menggunakan skrin luar 5.4 inci Super Retina XDR.
Kedua-dua paparan skrin ini menyokong ProMotion dengan adaptive refresh rate sehingga 120Hz, serta hadir dengan sokongan Always-On display dan Dynamic Island.

Apple turut menggunakan reka bentuk titanium untuk frame dan hinge cover, bersama Ceramic Shield 2 pada bahagian hadapan serta Ceramic Shield di bahagian belakang.
Apabila dibuka, iPhone Duo mempunyai ketebalan hanya 5.2mm, manakala beratnya sekitar 254 gram sahaja.
Cip A20 Pro

iPhone Duo turut dikuasakan cip A20 Pro, sama seperti iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max. Cip ini hadir dengan 6-core CPU, 7-core GPU dengan Neural Accelerators dan Dual 16-core Neural Engine.
Apple turut menggunakan sistem vapor chamber untuk membantu mengurus haba ketika menjalankan tugasan berat seperti gaming dan penggunaan Apple Intelligence. Sistem ini diinspirasikan daripada M-series Apple Sillicon.
Kamera 48MP Dual Fusion

iPhone Duo dilengkapi sistem 48MP Dual Fusion Camera, iaitu 48MP Fusion Main dan 48MP Fusion Ultra Wide.
Apple memperkenalkan beberapa ciri baharu untuk pengalaman kamera pada iPhone Duo seperti Smart Take, Duo Preview dan Smart Focus Tracking. Duo Preview membolehkan pengguna melihat preview kamera pada skrin luar ketika menggunakan kamera utama.
Bagi rakaman video, iPhone Duo menyokong 4K Dolby Vision sehingga 120fps, Cinematic mode, Action mode, dan Dual Capture.
Phone Duo juga mempunyai 12MP Center Stage camera pada skrin luar. Ia menyokong Centre Stage untuk gambar dan video call. Skrin dalaman pula menggunakan under-display FaceTime camera untuk kualiti video call sehingga 1080p.
Bateri Bertahan Sehingga 44 jam
Melalui sistem dual-battery, iPhone Duo menawarkan sehingga 44 jam video playback apabila menggunakan skrin luar, dan mampu mencapai sehingga 31 jam video playback apabila menggunakan skrin dalam.
iPhone Duo juga menyokong pengecasan pantas sehingga 50% dalam sekitar 20 minit dengan menggunakan adapter 60W. MagSafe pula menyokong pengecasan sehingga 50% dalam sekitar 30 minit dengan menggunakan adapter 35W.
Warna dan Storan

iPhone Duo hadir dalam dua pilihan warna, iaitu Night Sky dan Star White. Bagi pilihan storan pula, iPhone Duo hadir dengan pilihan storan 256GB, 512GB, 1TB dan 2TB.
Harga dan Tarikh Jualan
Berikut adalah harga jualan iPhone Duo berdasarkan pilihan storan:
| Storan | Harga |
| 256GB | RM9,499 |
| 512GB | RM10,499 |
| 1TB | RM12,499 |
| 2TB | RM15,499 |
Bagi pasaran Malaysia, iPhone Duo boleh mula ditempah bermula 16 Oktober 2026, jam 8 malam dan akan mula tersedia pada 23 Oktober 2026.
Rujukan: Apple Newsroom


Leave a Reply