Hong Leong Bank baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah aktifkan ciri sokongan Apple Pay. Pengguna sudah boleh mula tambah kad Hong Leong Bank mereka ke dalam Apple Wallet mulai hari ini.
Menurut Hong Leong Bank, semua jenis kad VISA dibawah Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) menyokong ciri Apple Pay, kecuali HLB GSC Credit Cards (Gold & Platinum) dan pemilik kad debit HLB yang berumur bawah 16 tahun. Ciri Apple Pay ini menyokong hampir kesemua peranti terbaru Apple, seperti iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac.
Hong Leong Bank juga melaporkan bahawa pengguna boleh menambah kad yang sama pada 10 peranti Apple yang berbeza, dengan syarat kad tersebut sah dan masih aktif.
Terdapat dua cara untuk daftar kad Hong Leong Bank ke Apple Wallet, sama ada melalui aplikasi Apple Wallet atau aplikasi HLB Connect Mobile Banking.
Aplikasi Apple Wallet
- Buka aplikasi Apple Wallet pada iPhone.
- Tekan butang (+), dan pilih ‘Debit or Credit Card’.
- Ikuti langkah-langkah seperti yang diminta untuk tambah kad Hong Leong Bank. Pengguna boleh tambah dengan melalui NFC Scan, ambil gambar kad atau isi maklumat kad secara manual.
Aplikasi HLB Connect Mobile Banking
- Log masuk ke dalam aplikasi HLB Connect Mobile Banking.
- Pilih kad Hong Leong Bank yang anda mahu tambah ke dalam Apple Wallet, dan ikuti langkah-langkah yang diminta.
- Pilih peranti Apple yang anda mahu gunakan.
Dengan sokongan terbaru ini, pengguna Hong Leong Bank boleh melakukan contactless payment dengan cepat dan selamat.
Sumber: Hong Leong Bank

Leave a Reply