,

Samsung Galaxy A07 5G Rasmi di Malaysia – Apa yang Anda Perlu Tahu?

My feature sleek and stylish design

Samsung telah rasmi melancarkan Samsung Galaxy A07 5G, sebagai peranti pembuka tirai tahun 2026 di pasaran Malaysia. Peranti ini dikategorikan sebagai sebuah telefon pintar mampu milik yang memfokuskan kepada bateri yang tahan lebih lama, sokongan 5G dan kemaskini keselamatan sehingga 6 tahun. Peranti ini juga merupakan kemaskini daripada model sama yang pernah dikeluarkan tahun lepas, iaitu Samsung Galaxy A07 LTE.

Spesifikasi

Kamera50MP + 2MP kamera belakang
8MP kamera hadapan
Rakaman video sehingga FHD (1920 x 1080)@30fps
Bateri6000 mAh
Cip PemprosesanMediaTek Dimensity 6300 (2.4GHz Octa-core)
Paparan Skrin6.7 inci
720 x 1600 HD+
120Hz Refresh Rate
Storan6GB RAM + 128GB ROM
8GB RAM + 256GB ROM
Menyokong kad MicroSD sehingga 2TB
Sokongan SekuritiSehingga 31 Januari 2032
Pilihan WarnaBlack, Light Green, Light Violet

Antara perkara yang menarik pada peranti ini ialah, ianya mampu milik, hadir dengan design yang lebih sleek dan stylish, sokongan kemaskini OS untuk tempoh yang panjang, mempunyai rating IP54 yang mampu menahan habuk dan air, dan mempunyai sokongan 5G. Semua ini didatangkan dalam satu harga yang mampu milik.

Harga Jualan

Samsung Galaxy A07 5G hadir dengan dua varian storan. Berikut adalah harga rasmi di Malaysia:

  • 6GB RAM + 128GB ROMRM699
  • 8GB RAM + 256GB ROMRM949 (harga sebelum potongan rebat)

Bagi varian 8GB RAM + 256GB ROM, pembeli boleh mendapat rebat sebanyak RM250 untuk masa yang terhad. Samsung Galaxy A07 5G sudah mula dijual bermula 30 Januari 2026, dan boleh dibeli melalui Samsung Online Store atau pengedar sah Samsung di Malaysia.

Sumber: Samsung

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *